Salah
satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah
sabun. Sejak abad ke-7 M, umat Islam telah membangunkan sebuah gaya
hidup bersih yang mutakhir.
Menurut
Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya yang berjudul Technology Transfer in
the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin),
Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi sentra industri sabun.
"Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari tamadun Islam,"
papar Al-Hassan.
Menurut
Al-Hassan, sabun yang diperbuat dari minyak sayur-sayuran, seperti
minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli
kimia Muslim di era kekhalifahan.
Salah
seorang sarjana Muslim yang telah mampu mencipta formula sabun adalah
Al-Razikimiawan legenda dari Parsi. "Hingga kini, formula untuk membuat
sabun tak pernah berubah," kata Al-Hassan.
Sabun
yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan
pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun batangan. Bahkan,
pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur misai dan
janggut.
Harga
sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (syiling perak) atau setara 0.3
Dinar (syiling emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah
ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia, Sepanyol, bernama Abu
Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).
Ahli
kosmetik ini memaparkan tata cara membuat sabun dalam kitabnya yang
monumental bertajuk Al-Tasreef. Al-Tasreef merupakan ensiklopedia
perubatan yang terdiri daripada 30 volume. Kitab itu telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin dan digunakan sebagai buku rujukan utama di
beberapa buah universiti Eropah yang terkemuka.
Sang
doktor memaparkan resepi-resepi pembuatan pelbagai alat kosmetik pada
volume ke-19 dalam kitab Al-Tasreef. Selain itu, resep pembuatan sabun
yang lengkap tercatat dalam sebuah risalah bertarikh abad 13 M.
Manuskrip
itu memaparkan secara jelas dan detail tata cara pembuatan sabun. Fakta
ini menunjukkan betapa dunia Islam telah jauh lebih maju berbanding
peradaban Barat. Masyarakat Barat, khususnya Eropah, dianggarkan baru
mengenal pembuatan sabun pada abad ke-16 M. sumber darirepublika.co.id/DuniaIslam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan