Dalil Al-Quran bahawa Allah SWT telah berfirman:
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[Surah Al-Qadr 97:1-5]
Dalam hadis yang lain Aishah R.A juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda 'bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan'. Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 pada bulan Ramadhan 1433H .
Analisis : Tarikh Ganjil Malam Lailatul Qadar Berbeza di Malaysia?
Jika umat Islam di Malaysia tekun beribadat secara terus-menerus pada 10 malam yang terakhir, Insya Allah akan mendapat rahmat yang telah dijanjikan dan bakal menemui malam Lailatul Qadar.
Namun jika ada umat Islam di Malaysia beribadat hanya pada malam yang ganjil sahaja, dapatkah dia menemui malam Lailatul Qadar?
Merujuk artikel - 'Anak Bulan Terlihat di Indonesia, 1 Ramadhan 1433H jatuh hari Jumaat', telah terdapat perbezaan permulaan puasa di Malaysia, lewat sehari berbanding dengan kebanyakan negara umat Islam lainnya.
Seharusnya, apabila berita rukyatul hilal (anak bulan kelihatan) untuk bulan Ramadhan telah sampai ke Malaysia dari tempat mana pun juga di muka bumi (Indonesia / Arab), maka umat Islam wajib memulakan puasa pada tarikh yang sama.
Ini kerana, apabila wujud perbezaan mula puasa, maka akan terwujudlah perbezaan malam Lailatul Qadar. Sila rujuk senarai ringkas di bawah analisis perbezaan di Malaysia tarikh Hijrah genap dan ganjil :-
20 Julai 2012M - 1 Ramadhan 1433H - 30 Syaaban 1433H (di Malaysia)
21 Julai 2012M - 2 Ramadhan 1433H - 1 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
22 Julai 2012M - 3 Ramadhan 1433H - 2 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
22 Julai 2012M - 4 Ramadhan 1433H - 3 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
22 Julai 2012M - 5 Ramadhan 1433H - 4 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
Tarikh ganjil 10 malam yang terakhir Ramadhan 1433H
09 Ogos 2012M - 21 Ramadhan 1433H - 20 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
11 Ogos 2012M - 23 Ramadhan 1433H - 22 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
13 Ogos 2012M - 25 Ramadhan 1433H - 24 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
15 Ogos 2012M - 27 Ramadhan 1433H - 26 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
17 Ogos 2012M - 29 Ramadhan 1433H - 28 Ramadhan 1433H (di Malaysia)
Di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatul Qadar berlaku hanya pada salah satu malam ganjil daripada 10 malam yang terakhir pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 sahaja. Waktu malam di Malaysia bermula dari waktu maghrib kira-kira 7.15pm sehingga waktu terbitnya matahari kira-kira 7.00am.
Rugilah jika anda akan terlepas pada tempoh waktu 12jam bersamaan dengan 729970jam yang Allah SWT kurniakan kerana menyangka tarikh ganjil Ramadhan di Malaysia adalah tarikh genap bulan Ramadhan sebenar 1433H.
Wahai kaum Muslimin! Tidak adanya kesatuan rukyatul hilal (anak bulan kelihatan) hanyalah salah satu dari sekian banyak masalah yang dihadapi oleh kaum Muslimin kerana lenyapnya Khilafah sebuah Negara Islam Global yang mengatur urusan kaum Muslimin dengan hukum Islam, serta menyatukan mereka di bawah panji ' لا إله إلا الله محمد رسول الله ' .
Kaum Muslimin wajib mengikatkan diri dengan hukum syara', baik dalam mengawali puasa Ramadhan mahupun Hari Raya Aidil Fitri, serta dalam segala aktiviti mereka, sekalipun penguasa mereka tidak menerapkan hukum syara'.
Sebab tidak ada ketaatan kepada makhluk (permerintah sekular) dalam perkara maksiat kepada Allah SWT. Sesungguhnya pemecahan mendasar terhadap seluruh masalah kaum Muslimin hari ini berada di tangan kaum Muslimin itu sendiri untuk melakukan perubahan.
Hanya Khalifah lah yang akan mengangkat segala perselisihan umat Islam serta menyelesaikan ribuan masalah kaum Muslimin di dunia saat ini, sekaligus membawa rahmat bagi seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad perang fisabilillah. Insya Allah. [abuidris/arrayah.info]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan