IKLAN

Jumaat, 21 Oktober 2011

Video Dan Foto-Foto Mayat Ghadaffi Terbunuh Di Libya...

IMEJ yang dirakam menunjukkan bekas pemimpin diktator Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini. 

berpuluh tahun berkuasa, berpuluh tahun menikmati nikmat di dunia manusia, berpuluh tahun berhutang dengan rakyatnya..tapi hanya sekelip mata hilang dari dunia fana..maka dulu engkau raja di dunia sendiri, sekarang engkau kembali bertemu Raja engkau pula..maka di kala itu, perhitungan antara engkau dan Raja engkau sahaja..kembalilah wahai Muammar Ghadafi ke dunia abadi, di situ hanya engkau dan Dia sahaja beraksi..dan di kala itu, segala sudut urusan yang pernah engkau lakukan, hanya Dia sahaja bisa menerima dan menolak..moga sebelum engkau menutup mata buat selamanya, engkau sempat mengetahui bahawa engkau hanyalah hamba di hadapanNya..alFaatihah.."


Sirte (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya.... Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.

Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.

Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.

Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP/BH/SK





2 ulasan:

  1. begitulah takdir Allah terhadapnya..harap mati kita tiada fitnah dan tempat fitnah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik