IKLAN

Selasa, 25 Oktober 2011

Apa Kata Isteri Sham Kamikaze Tentang Perubahan Suaminya


SUDAH LAMA SAYA IDAMKAN PERUBAHAN INI - FARAZILA


Makbul doa isteri
"SUDAH lama saya idamkan perubahan ini sejak kami bernikah kira-kira tiga tahun yang lalu. Akhirnya, ini adalah hidayah yang diberi kepada kami berdua."

Begitulah luahan hati Farazila yang sudah lama mengimpikan perubahan suaminya. Penghijrahan adalah sesuatu yang menjadi impian semua, apatah lagi jika ia mampu membawa perubahan ke arah kebaikan.

Jika dulu Sham Kamikaze terkenal dengan imej bersubang, pemuzik handalan, hebat memetik gitar dan sentiasa memberikan komen sinis dan pedas, kini segala-galanya hilang dan perlahan-lahan imej dirinya juga berubah. Kini Sham dan isteri lebih selesa dengan imej sederhana dan menutup aurat.
Farazila berkata, pertama kali melihat perubahan suaminya itu, beliau tidak berhenti bersyukur ke hadrat Ilahi kerana membuka hati Sham.

“Ramai yang meminta dan mengharapkan perubahan, tapi tidak semua dapat. Apabila suami saya mendapat hidayah begini dan berubah, saya amat bersyukur.
“Saya berharap hidayah yang diberi ini terus kekal dan perubahan ini sudah lama saya impikan. Alhamdulillah dalam usia 35 tahun, Sham mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan,” luahan hatinya.
Farazila berkata, beberapa bulan sebelum perubahan ke atas diri Sham, beliau dan keluarga sempat menunaikan umrah dan di Tanah Suci, Farazila tidak henti-henti menadah tangan berdoa untuk kebaikan suaminya.
Malah, mungkin ramai tidak tahu, sebelum perubahan Sham, Farazila terlebih dulu membuat penghijrahan dalam dirinya.

Namun, ketika itu, beliau tidak memaksa suaminya mengikut jejak langkah dan hanya berdoa agar pintu hati suaminya itu terbuka.
“Perubahan yang berlaku kepada Sham sangat drastik dan saya sendiri tidak menyangka beliau akan berubah begini sekali. Ini bagus untuk perkahwinan kami dan memberikan lebih cahaya kebahagiaan dalam kehidupan kami suami isteri,” katanya.


INFO: Sham Kamikaze

·  Pernah menganggotai Kumpulan Kamikaze sebagai pemain gitar utama.
·  Banyak terbabit sebagai komposer, pengarah muzik dan penerbit.
·  Pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA).
·  Empat bulan mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan.
·  Pernah menjadi pengkritik dan tenaga pengajar di rancangan realiti Akademi Fantasia (AF).
·  Mula belajar bermain gitar pada usia 12 tahun sebelum menubuhkan kumpulan muziknya sendiri pada usia 14 tahun.
·  Dikenali sebagai salah seorang pemain gitar handalan di negara kita.
·  Kerjaya kini sebagai pendakwah, memberi motivasi selain banyak terbabit dalam penerbitan lagu berunsur dakwah.
Sumber



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik