IKLAN

Jumaat, 7 Oktober 2011

Pelbagai Kaedah Menipu Pemandu Di Jalanraya




Benarkah Kenderaan ROSAK?


Assalam.
Saya seorang daripada pembaca blog abang. Kalau abang tidak keberatan, saya hendak minta tolong singkapkan rahsia sindiket beroperasi di tepi
highway selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Batu Caves atau Ampang.

Ramai pengguna jalanraya saya perhatikan sudah menjadi mangsa ahli sindiket terbabit.


Modus operandi, mereka diberitakan lepak di kawasan selepas Plaza Tol Gombak sambil memerhatikan kenderaan besar melepasi plaza terbabit dan mengejar kenderaan dijadikan sasaran. Mereka kemudian akan cuba memberhentikan kereta itu dan memaklumakan pemandu kononnya tayar kiri hadapan atau belakang bermasalah kerana mengeluarkan asap. Sebaik kenderaan diberhentikan, ahli sindiket akan menyembur cecair di bahagian tayar/
disc brake dan menunjukkan kepada mangsa kononya kereta dipandu bermasalah dan perlu diperbaik di bengkel.

Jika mangsa bersetuju kereta akan dibawa ke bengkel mereka. Di situlah penipuan berlaku, kenderaan tidak rosak dikatakan sebaliknya.


Ahli sindiket didapati sering melepask di kawasan selepas tol tersebut (susur keluar dari UIA) atau di bawah
flyover menuju ke Sri Gombak/Batu Caves di antara waktu tengah hari dan petang

Saya bimbang jika orang ramai terus tertipu.



TINDAKAN

Saya bertindak menghubungi kru 666, Ashraff Zainon, pemilik bengkel PA6.

"Pandangan saya, dia orang sembur cecair anti-karat WD40 ke disc break selepas itu ahli sindiket boleh kelentong pemilik kenderaan, kononnya break bocor," kata Ashraff.


"Kenapa perlu disembur pada tayar hadapan kiri dan belakang?," soal saya.


"Sebab tayar hadapan jauh dari pemandu, begitu juga tayar belakang, pemandu tidak nampak apa berlaku," ulasnya.


Terima kasih bro Ashraff dan kepada pengguna jalanaraya, usah mudah terpedaya.  


Journalis Maya : Zan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik