IKLAN

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pendeta Hindu:''Saya Rela Melepas Keselesaan Hidup Demi Islam''


"Ini adalah nikmat Allah yang tiada tara. Dia telah melimpahkan kekayaan yang tidak ternilai harganya pada saya, sebuah agama yang benar, iaitu Islam. Saya merasa menjadi orang yang paling beruntung dan paling berjaya di dunia," demikian ungkapan Dr.Saroopji Maharaj saat ditanya bagaimana perasaannya selepas masuk Islam.

Dr. Maharaj adalah seorang tokoh Hindu yang terkemuka di Achariya Mahant, India. Ia beserta isteri dan anak perempuannya masuk Islam pada bulan Ramadhan tahun 1986 di bandar Bhopal, India. Setelah menjadi muslim, Maharaj menggunakan nama islami Islamul Haq.

"Setelah bersyahadat dan menjadi seorang muslim, saya merasa mencari kehidupan yang lebih terarah dan terlepas dari liarnya kehidupan duniawi selama ini," ujarnya.

Tokoh terpandang, kaya dan berpendidikan di lingkungannya ini mengaku masuk Islam atas kemahuan sendiri, setelah melakukan pencarian dan mempelajari pelbagai ajaran agama.Dalam pencariannya itu, Dr Maharaj akhirnya mencari kebenaran Islam dan ia ingin menjadikan dirinya contoh untuk menolak pandangan masyarakat dunia yang selama ini menuding Islam diedarkan dengan kekerasan, dengan pedang.

Dr. Maharaj lahir dan dibesarkan di tengah keluarga Hindu yang taat. Dia sendiri pernah bekerja sebagai pendeta agama Hindu di beberapa institusi agama Hindu di India. Tugasnya, selain menyebarkan ajaran Hindu, mendata dan melatih para pelajar calon pendeta.

Sebagai seorang doktor di bidang ilmu agama dan orientalisme, Dr Maharaj pernah diundang Paus Santo Paulus VI berkunjung ke Kota Vatican. Dalam kunjungannya, ia mengaku mendapat tekanan kuat agar ia mau menerima ajaran Katolik. Ia diminta untuk memberikan ceramah dengan tujuh topik berbeza. Namun ia berjaya menyelesaikan tugasnya dengan baik. Paus memberikan penilaian terbaik atas topik kekristenan yang dipaparkan Maharaj, dan untuk itu ia diberi penghargaan kehormatan berupa pengakuan sebagai warga kota Vatican.

"Meskipun demikian, saya sama sekali tidak tertarik dengan ajaran Kristian. Saya pulang ke India dan meneruskan kerja saya sebagai pendeta agama Hindu," ujar Maharaj yang menguasai 12 bahasa asing ini.
Dr. Maharaj mempelajari 10 ajaran agama yang ada di dunia.Tapi, jauh sebelum memutuskan masuk Islam, Maharaj mengakui kebenaran ajaran Islam. Pada tahun 1981, ia diundang oleh Dada Dharam, seorang tokoh agama Hindu yang cukup dikenali masyarakat antarabangsa. Dhram tiba-tiba bertanya pada Maharaj, "Engkau sudah mempelajari pelbagai agama di dunia. Agama mana yang menurutmu terbaik untuk manusia?" Jawapan Maharaj atas soalan itu adalah "Islam".

Dharam lalu berkata, "Tapi Islam adalah agama yang terlalu mengekang umatnya".

Maharaj menjawab, "Agama yang disebut sangat mengekang itu, juga memberikan kebebasan. Justeru agama yang dianggap tidak mengekang manusia malah memperhambakan manusia. Manusia memerlukan agama yang tetap 'mengekang'nya, agama yang mengatur manusia dengan ketat dalam masalah kehidupan duniawi, tapi membebaskannya dalam kehidupan akhirat kelak. Menurut saya, cuma Islam yang memenuhi kelayakan sebagai agama yang paling baik. "

"Islam mempunyai akar yang kuat dan abadi. Takkan ada kekuatan di bumi yang boleh menghancurkan atau melenyapkannya. Islam mungkin boleh hilang dari kehidupan seorang muslim yang imannya lemah. Tapi Islam, biar bagaimanapun juga, akan terus tumbuh dan berkembang sepanjang masih ada seorang muslim yang mempunyai semangat hijrah dan kemenangan, sepanjang dalam diri seorang muslim masih ada semangat untuk bersyukur dan bertakwa, "papar Maharaj.

Setelah menjadi seorang muslim, Dr Maharaj melepas semua kekayaan harta benda dan keselesaan hidup yang ia miliki selama ini. Ia rela melepaskan itu semua demi Islam. "Menjadi orang terkaya tidak akan memberikan kebahagiaan dan kepuasan pada diri saya, seperti yang saya dapatkan dari agama Islam," ujarnya.

Ditanya soal pendapatnya tentang sosok muslim yang baik.Maharaj menjawab bahawa tidak ada muslim yang lebih baik daripada Nabi Muhammad saw. Namun ia mengatakan bahawa muslim yang baik seperti lebah yang hanya mahu hinggap di bunga-bunga yang indah dan wangi, bukan di tempat-tempat yang kotor. Lebah memberikan madu, dan bukan racun. Madu yang bermanfaat bukan hanya untuk mereka sendiri, tetapi juga makhluk lain seperti manusia dan haiwan lain.

"Itulah sebabnya, saya bersungguh-sungguh mengajak semua muslim di dunia agar tetap berpegang dan mematuhi apa yang telah diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW, berjalan menyeberangi sungai dunia dan sampai ke seberang dengan selamat ..."
"Masih banyak masa bagi kaum Muslimin untuk memperbaiki diri dan menumpukan perhatian pada visi mereka pada kebenaran. Jika kaum Muslimin mempunyai sikap seperti itu, Insha Allah, kita akan berjaya dalam hal apa-apa yang kita lakukan," tegas Maharaj.

Dr Maharaj merancang untuk membuat gerakan dakwah yang kegiatannya merangkumi usaha membela dan melindungi Islam, memberikan sokongan dan menggalang persatuan kaum Muslimin dan menyebarkan ajaran Islam yang mulia ke seluruh dunia dengan damai. (Kw / TTT)

Diterjemah dari www.voa-islam.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik