1. Kekuatan Impian (The Power of Dreams)
Untuk mendapatkan hal-hal terbaik dalam kehidupan ini, setiap kita mesti mempunyai impian dan tujuan hidup yang jelas. Setiap kita harus berani memimpikan hal-hal terindah dan terbaik yang kita inginkan bagi kehidupan kita dan kehidupan orang-orang yang kita cintai.
Tanpa impian, kehidupan kita akan berjalan tanpa arah dan akhirnya kita tidak menyedari dan tidak mampu mengawal ke mana sesungguhnya kehidupan kita akan menuju.
2. Kekuatan dari Fokus (The Power of Focus)
Fokus adalah kuasa (power) untuk melihat sesuatu termasuk masa depan, impian, sasaran atau hal-hal lain seperti kekuatan dan kelemahan dalam diri, peluang di sekitar kita, sehingga lebih jelas dan mengambil langkah untuk mencapainya.
Seperti sebuah kacamata yang membantu seorang untuk melihat lebih jelas, kekuatan fokus membantu kita melihat impian, sasaran, dan kekuatan kita dengan lebih jelas, sehingga kita tidak ragu-ragu dalam melangkah untuk mewujudkannya.
3. Kekuatan Disiplin Diri (The Power of Self Discipline)
Pengulangan adalah kekuatan yang dahsyat untuk mencapai keunggulan. Kita adalah apa yang kita lakukan berulang-ulang. Menurut ahli falsafah Aristotle, keunggulan adalah sebuah kebiasaan.
Kebiasaan terbangun dari disiplin diri yang secara konsisten dan terus-menerus melakukan sesuatu tindakan yang membawa kepada puncak prestasi seseorang. Kebiasaan kita akan menentukan masa depan kita.
Untuk membina kebiasaan tersebut, diperlukan disiplin diri yang kukuh. Sedangkan disiplin adalah bagaimana kita mengalahkan diri kita dan mengendalikannya untuk mencapai impian dan hal-hal terbaik dalam kehidupan ini.
4. Kekuatan Perjuangan (The Power of Survival)
Setiap manusia diberikan kekuatan untuk menghadapi kesulitan dan penderitaan. Justeru melalui pelbagai kesulitan itulah kita dibentuk menjadi ciptaan Tuhan yang tegar dalam menghadapi pelbagai kesulitan dan kegagalan.
Seringkali kita lupa untuk belajar bagaimana caranya menghadapi kegagalan dan kesulitan hidup, kerana justeru kegagalan itu sendiri merupakan unsur atau bahan yang utama dalam mencapai kejayaan atau kehidupan yang berkelimpahan.
5. Kekuatan Pembelajaran (The Power of Learning)
Salah satu kekuatan manusia adalah kemampuannya untuk belajar. Dengan belajar kita dapat menghadapi dan mencipta perubahan dalam kehidupan kita. Dengan belajar kita dapat berkembang hari demi hari menjadi manusia yang lebih baik.
Belajar adalah proses seumur hidup. Sehingga dengan sentiasa belajar dalam kehidupan ini, kita boleh terus meningkatkan taraf kehidupan kita pada aras yang lebih tinggi.
6. Kekuatan Fikiran (The Power of Mind)
Fikiran adalah anugerah Tuhan yang paling besar dan paling terindah. Dengan memahami cara bekerja dan mengetahui bagaimana cara mencurahkan kekuatan fikiran, kita dapat menciptakan hal-hal terbaik bagi kehidupan kita.
Dengan melatih dan mengembangkan kekuatan fikiran, selain kecerdasan intelektual dan kecerdasan kreatif kita meningkat, juga secara berperingkat kecerdasan emosional dan bahkan kecerdasan spiritual kita akan berkembang dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
Semua dari kita berhak dan mempunyai kekuatan untuk mencapai kehidupan yang berkelimpahan dan memperoleh hal-hal terbaik dalam kehidupannya.
Semuanya ini adalah hasil daripada pilihan sedar kita, berdasarkan keyakinan kita, dan bukan dari produk keadaan kewujudan kita di masa lalu dan saat ini.
Sebagaimana dikatakan oleh Jack Canfield dalam bukunya The Power of Focus, bahawa kehidupan tidak terjadi begitu sahaja kepada kita. Kehidupan adalah siri pilihan dan bagaimana kita memberikan respons setiap situasi yang terjadi pada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan