IKLAN

Isnin, 17 Oktober 2011

Kesian Rakyat Bawahan Terpaksa Memilih Penjara Kerana Berhutang, Orang Atasan Berhutang Rilek Aje..


Rayu bebas suami muflis dari penjara


Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.


Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis.


“Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.


Sehubungan itu, katanya, beliau sudah mengemukakan rayuan menerusi peguam pada 30 September lalu terhadap sabitan yang dibuat ke atas suaminya mengikut seksyen 91(2) Akta Kebangkrapan 1967.


Suradi seorang pekerja gudang berstatus muflis, mengaku bersalah kerana melanggar perintah mahkamah pada 4 Mac 2005 kerana gagal membayar RM100 sebulan (termasuk RM50 bagi bayaran isterinya) dari Oktober 2004 hingga Jun 2010 sebanyak RM3,450.


Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.
Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank.


“Jabatan Insolvensi Selangor mengarahkan mereka membayar RM100 sebulan sehingga selesai, namun Suradi gagal menjelaskan bayaran itu menyebabkan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei lalu dan dia diarah membayar tunggakan berkenaan atau dipenjarakan.


“Suami saya meminjam dengan banyak pihak, termasuk along, untuk membayar tunggakan itu dan RM4,000 bagi bayaran sehingga Mei 2011 selain membayar RM2,050 baginya yang tidak bekerja, namun dia tetap dipenjarakan bermula 27 September lalu kerana menghina pihak mahkamah,” katanya.


Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.


Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul Razak, meminta Jabatan Insolvensi memberi kelonggaran kepada individu muflis untuk membayar mengikut kemampuan mereka dan tidak perlu sampai ke tahap mereka dipenjarakan dalam tempoh lama./www.bharian


Hutang Negara Berjumlah RM437.2 Bilion




Kuala Lumpur.Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).


Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar. (IH)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik