RESDUNG......
Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja...
Memandangkan saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah........
Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat Naqshbandi dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh Nazim menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung...
Caranya begini lebih kurang:
1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.
3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.
4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....
5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...
Cara yang kedua.....: Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung... tapi cara ini saya tak pernah buat.. katanya agak menyakitkan...
Setelah bertahun saya mengabaikan teknik ini.... tiba2 kakak saya mencadangkan perubatan menggunakan 'nasal pot' yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus.......
Oooh, rupanya orang barat dah buat kajian dan mungkin agaknya mereka meniru cara tok2 guru kita mengubat resdung kot... :)
Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya...
Seperti yang anda dapat lihat dari video ini:
Atau paling kurang anda jangan sekali-kali meninggalkan amalan istinsya; ketika berwuduk!!!!!
Selamat mencuba!!!!! Insya Allah dengan keberkatan amalan kekasih Allah... sembuh.... Amiin!!! ....
saya ada menjual garam bukit aromatheraphy, berminat hubungi saya (allin) - 013-6388 026
BalasPadam