Ilustrasi jemaah haji tawaf di Kaabah
MELAKUKAN tawaf (mengelilingi Kaabah) pada waktu malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk.Kerana, orang sekitar Makkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah.Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Makkah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh solat Maghrib berjemaah sekaligus melakukan umrah.
"Kebiasaan orang di sini begitu. Agak aneh kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari, "kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah kebelakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya berlaku pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meskipun demikian yang uniknya, meskipun mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak kaki tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berbeza dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah.Saat berjalan, tapak kaki berasa sangat panas seperti berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki penziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm 'Atlas Haji dan Umrah' dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir yang lapang. Pada masa Abdullah Ibnu Zubair barulah ada sedikit perubahan . Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa itulah Raja Abdul Aziz memberi sumbangan marmar luas lagi. Kini lantai marmar untuk tawaf diperbuat daripada marmar kualiti terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan terus menerus hingga tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih luas dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan.
Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan berdekatan serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah kawasan tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd.Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi memang wajar , jika tingkat yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah satu perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan