IKLAN

Ahad, 2 Oktober 2011

Tunjukkan Kewujudan Tuhan Kepada Saya!!!

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Mengawali hari minggu ini yang cerah:) dan selalu memuji kepadaNYA.


Alkisah Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negera Uncle Sam @ U.S.A kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.


Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.


"Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab soalan-soalan saya? "Pemuda bertanya.


"Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab soalan saudara." Jawab Guru Agama.


"Anda pasti? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab soalan saya. "


Jawab Guru Agama "Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya"


Pemuda: "Saya punya 3 soalan:

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya!

2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?

tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? "Tanya pemuda itu kepada pak ustaz
.

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan sekeras-kerasnya.

Sambil menahan kesakitan sang pemuda berkata: "Kenapa anda marah hingga menampar pipi saya?"


Sang Guru Agama menjawab "Saya tidak marah ... Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya".


"Saya sungguh-sungguh tidak faham", kata pemuda itu.


Guru Agama bertanya "Bagaimana rasanya tamparan saya?".


"Tentu saja saya merasakan kesakitan", jawab pemuda itu.


Guru Agama bertanya "" Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada? ".


Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, "Sekarang tunjukkan kepada saya wujud sakit itu!"


"Saya tak boleh menunjukkan rasa sakit itu", jawab pemuda.

"Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan wujud Tuhan tanpa mampu melihat wujud-Nya." Terang

Guru Agama.


Guru Agama bertanya lagi, "Apakah tadi malam anda bermimpi bahawa hari ini anda akan bertemu saya?".


"Tidak" jawab pemuda.


"Apakah pernah terfikir oleh anda hari ini akan menerima sebuah tamparan dari saya?"


"Tidak" jawab singkat pemuda.


"Itulah yang dinamakan Takdir" Terang Guru Agama.


Guru Agama bertanya lagi, "Dibuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?".


"Kulit". Jawab pemuda.

"Pipi anda diperbuat dari apa?" Tanya guru agama.


"Kulit" Jawab pemuda.

"Bagaimana rasanya tamparan saya?". tanya guru agama.


"Sakit." Jawab pemuda.


"Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan sebagaimana anda merasa kesakitan ketika tangan saya yang-terbuat dari kulit-menampar pipi anda-yang juga terbuat dari kulit-." Terang Guru agama.



Akhirnya pemuda itu mengangguk-angguk memahami penjelasan guru agama, hingga akhirnya pemuda itu mendapatkan jawapan dari soalan yang selama ini membuat dirinya tertanya-tertanya kini ia benar-benar memahaminya. Dan pemuda itu akhirnya mahu belajar agama pada guru agama itu.


Kredit




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik