IKLAN

Ahad, 4 September 2011

Gambar Noramfaizul Mohd Nor Selamat Disemadikan (Al-Fatihah)



Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengebumian arwah Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia. Alhamdullilah jenazah arwah Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat disemadikan. Arwah Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku. Rumah arwah tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua. Nampak wajah arwah macam tidur jer. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan nie. Arwah meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Anak arwah memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd. Nor. 

Salam takziah buat seluruh keluarga arwah Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh pada Allah S.W.T.

Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana. 

AL-FATIHAH.























Sumber : dezamancottage.com

2 ulasan:

  1. al-fatihah. semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

    BalasPadam
  2. ya..kita satu negara doakannya amin.Harap pihak yang terbabit buat latihan secukupnya...jgn pandang enteng soalan keselamatan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik