Tersilap makan pil
KOTA BHARU: Akibat tersilap makan pil selesema, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Teknik, Pengkalan Chepa, di sini, terpaksa mendapatkan rawatan kira-kira empat jam di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), kelmarin.
Nur Izzati Abdul Rahman, 17, dikejarkan pengurusan sekolah jam 3 petang kelmarin selepas anak sulung daripada enam beradik itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya sebelum pengsan.
Mengulas kejadian yang menimpa anaknya, Abdul Rahman Abu Bakar berkata, dia dimaklumkan oleh isteri bahawa anaknya memakan ubat selesema pada petang kejadian.
Berikutan itu, dia terkena alahan terhadap ubat terbabit sebelum dikejarkan ke hospital dan dirawat di wad kecemasan.
“Saya difahamkan oleh gurunya, anak saya demam sejak Rabu lalu dan mungkin penyakit dialami tidak sembuh sebelum dijangkiti selesema, menyebabkan dia memakan dua biji pil sebelum menerima kesan alahan dan dikejarkan ke hospital,” katanya ketika ditemui di HRPZ, di sini, semalam.
Dia difahamkan, akibat kejadian itu, anaknya tidak sedarkan diri sejam sebelum stabil semula selepas menerima rawatan di wad kecemasan./Hmetro
Merawat Selsema Cara Alami
Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.
Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).
Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:
1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.
gambar sireh (gambar dr google image) |
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.
3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.
4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.
Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.
Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.
1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.
Kunyit hidup - Wikipedia
2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.
3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.
Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema. / Petuasejagat
Dan ada doktor telah menyarankan supaya berubat secara tradisional iaitu memakan buah oren sebagai menggantikan ubat.
Berbalik kepada topik selsema tadi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom jangkitan virus selsema seperti sakit tekak, cepat-cepat beli buah oren di kedai yang berhampiran dengan rumah anda.
Buah oren tadi perlu dimakan setiap hari sehingga simptom-simptom tadi hilang. Dosnya? Ikut suka anda. Kalau perlu, makan tiga kali sehari seperti mana anda makan antibiotik. InsyaALLAH, selsema anda akan beransur-ansur sembuh tetapi dalam kadar yang pantas.
Ini pastinya merupakan berita baik kepada seseorang yang suka makan buah oren atau minum jusnya. Buah oren bukan sahaja mudah didapati bahkan juga murah harganya. Harga buah oren yang paling mahal yang pernah bapa saya beli hanya RM1 sebiji.
Sebagai info tamabahan, vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenal pasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.
Kesimpulannya, mahu kesihatan baik dan mencantikkan kulit – makan buah oren. WallahuA'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan