Seorang lelaki Kemboja berkata cucunya yang paling kecil telah hidup dengan menyusu secara langsung dengan lembu sejak ibu bapa kanak-kanak malang ini meninggalkannya di kampung untuk ke bandar mencari pekerjaan.
Um Oeung berkata Tha Sophat yang berusia 20 bulan mula menyusu lembu sejak bulan Julai lalu selepas dia melihat seekor anak lembu yang melakukan perkara yang sama.
Um Oeung memberitahu beliau menarik cucunya itu pada mulanya. Bagaimanapun beliau mengalah selepas cucunya menangis dan berteriak dengan kuat. Kanak-kanak itu menyusu susu lembu sekali atau dua kali sehari sejak hari itu.
Tha Sophat tinggal dengan datuk dan neneknya di wilayah Siem Reap di Utara-Barat Kemboja sejak ibu bapanya berpindah ke Thailand mencari kerja./PD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan