IKLAN

Isnin, 5 September 2011

7 Cara Mudah untuk Menarik Wang


5427063703_9fc46caf83_z 


Anda tidak perlu untuk bekerja keras untuk wang. Anda boleh menarik wang dengan mudah dengan minda anda. Beberapa tindakan diperlukan untuk menerima wang, tetapi kuasa pemikiran adalah apa yang menarik keadaan anda sekarang ini. Dengan pemikiran, anda menarik apa sahaja keinginan anda.
Cara-cara berikut untuk menarik wang adalah mudah. Ia tidak perlukan 18 jam sehari, tidak perlukan perhubungan dengan sesiapa. Ia hanya memerlukan masa untuk perubahan berlaku.
 
1.Sumbangan daripada pendapatan

Berilah 10% daripada pendapatan anda kepada sumber yang menghasilkan peningkatan perolehan berkali-kali ganda, terutamanya kepada yang memerlukan.
Ramai yang tidak mahu memberi sebahagian daripada pendapatan mereka kerana takut kehabisan wang. Pada hakikatnya, setiap pemberian itu akan dibalas dengan berkali-kali ganda hasilnya.

2. Syukur atas wang yang ada

Dengan bersyukur terhadap jumlah wang yang ada, ia akan meningkat. Ambillah masa untuk bersyukur atas apa yang anda ada, untuk menerima lebih lagi. Capai beg duit anda, rasakan yang wang semakin banyak dalam beg itu.
Katakan sesuatu yang anda bersyukur terhadap wang itu dan terus melihat ia makin meningkat. Rasakan kebenarannya. Bersyukur sentiasa meningkatkan aliran benda-benda yang baik.
 
3.Belanjakan wang dengan bebas

Berikan wang dengan bebas, menerimanya dengan tenang. Menyekat wang keluar atau memberi dengan iri hati akan menyebabkan aliran wang berhenti kepada anda. Belanjalah wang itu dengan bebas untuk menarik lebih wang.
Jangan bersikap kedekut. Wang bermaksud untuk dibelanjakan. Wang yang tiada dalam kitaran adalah tidak berguna. Apabila anda membelanjakan wang, jangan takut yang anda tidak mempunyai cukup wang. Perasaan ini menghantar isyarat kemiskinan dan menarik lebih banyak kemiskinan kepada diri anda.
Orang yang mempunyai banyak wang tetapi takut kehilangannya, maka dia bukanlah orang kaya. Mereka tidak boleh bergembira membelanjakan wang mereka sejak mereka merasakan yang mereka perlu terus bekerja kuat untuk mendapatkan wang.
Dalam erti kata lain, ramai orang yang membuat jutaan wang kerana mereka membuat apa yang mereka suka. Mereka tidak takut kehilangan wang mereka, jadi mereka terus mendapat wang.
 
4.Bayangkan anda dengan wang yang banyak

Imaginasi anda menjangkakan masa hadapan anda. Gunakannya setiap jam. Lihat diri anda melakukan seperti mana orang kaya lakukan. Tinggal di rumah banglo yang besar. Bersiar-siar dengan Ferrari F430. Membeli-belah di pusat beli-belah 5 bintang. Anda mesti lihat semua ini dan percaya yang ianya adalah realistik sebelum anda mengalaminya sendiri.
 
5.Derma kepada kebajikan

Dermalah kepada mereka yang memerlukan. Jangan hanya memberi kerana untuk mengelakkan cukai. Perasaan anda adalah daya penarik atau penolak yang paling besar dalam kehidupan anda. Jika anda lihat orang lain, jangan sangkakan orang lain juga melakukan perkara yang sama dengan anda. Berilah dengan ikhlas.
 
6.Jaga wang tunai anda

Lipat wang ringgit anda dalam beg duit dengan betul. Jika anda menjaga wang dengan baik, ia akan gembira untuk bersama anda.
Biasanya ramai orang menjaga wang dengan teruk. Wang menjadi buruk, berlipat-lipat dan koyak di dalam poket. Wang itu tidak selesa dengan anda sehinggalah anda rasa selesa dengan wang itu.
Adakah anda jenis orang yang mengambil wang daripada juruwang kedai dan terus masukkan ke dalam beg duit dengan tergesa-gesa? Sepatutnya begini… jalan ke hujung kaunter juruwang, luruskan ringgit anda dan masukkan wang dengan cermat di dalam beg duit anda.
Saya selalu melihat orang yang tergesa-gesa menyimpan wang ini, mengingatkan saya yang mereka ini bukan jutawan.
 
7.Hargai wang anda

Ambil masa untuk mengucapkan kesyukuran terhadap wang yang anda ada. Hargailah apa yang anda ada. Ini adalah kerana dengan melihat benda yang baik, maka ia akan membawa lebih kebaikan kepada anda. Ia adalah Hukum Kesyukuran. Lihat kebaikan, dapat kebaikan.
Wang adalah neutral dan bebas. Ia membenarkan anda melakukan lebih, memiliki lebih wang dan menjadi kaya. Pelajari cara menarik wang dengan mudah, jadi anda akan dapat lebih lagi dalam kehidupan anda.

Sumber : jootawan.com
 
 P/s: Orang yang KAYA adalah orang yang paling BERSYUKUR Dan UBAT yang paling Mujarab adalah KETENANGAN..WallahuA'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik