DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran.
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Petua Mencegah Jerawat
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Orang selalu kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Begitu jugalah dengan jerawat, adalah lebih baik untuk mencegah jerawat dari mengubatinya. Selain dari merawat jerawat yang sedia ada kita haruslah mencegah dari jerawat tumbuh.
Kat bawah ni saya nak kongsikan petua untuk mencegah jerawat. Kalau korang amalkan InsyaAllah jerawat takkan tumbuh lagi.
-
Rajin membersihkan muka/wajah
Salah satu penyebab timbulnya jerawat adalah kotoran dan bakteria pada wajah. Dengan mencuci muka atau membersihkan wajah menggunakan pembersih muka, ianya dapat segera menyingkirkan kotoran dan bakteria yang ada. Carilah pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Lain orang lain kulit, jadi tak semestinya satu ubat sesuai dengan semua orang. -
Singkirkan rambut dari wajah
Rambut akan menjadi kotor dan berminyak ketika kita melakukan aktiviti seharian. Bila rambut menyentuh wajah, maka kotoran tersebut dapat pindah ke wajah kita dan dapat menimbulkan jerawat. -
Cuci sarung bantal, selimut dan sarung tilam secara berkala
Rambut yang kotor atau wajah yang tidak bersih dapat menyebabkan kuman dan kotoran berpindah di sarung bantal/sarung tilam/selimut saat kita menggunakannya. Kemudian, pada ketika yang lain wajah menyentuh bantal, kotoran tersebut kembali kepada wajah kita. Selain itu habuk dan bakteria juga akan berkumpul di sarung bantal/sarung tilam/selimut. Jadi basuhlah paling kurang 6 minggu sekali. -
Minum 8 gelas air sehari
Air adalah sangat penting untuk badan kita. Air yang cukup dapat membantu tubuh mengeluarkan toksin dan zat tidak berguna yang ada di tubuh, sehingga dapat mengurangkan risiko timbulnya jerawat. -
Menggunakan mask pencegah jerawat
Dengan menggunakan mask madu dan jeruk nipis. Hal ini dapat membantu menghilangkan bakteria dan minyak di wajah. Gunakan mask muka sekurang-kurangnya 2 minggu sekali -
Kurangkan penggunaan makeup/kosmetik
Menggunakan barangan kosmetik akan menyumbat pori-pori wajah. Ini membuat pori-pori tidak bernafas dengan baik. Pilihlah kosmetik yang berasaskan air yang dapat mengurangi potensi timbulnya jerawat dibanding kosmetik yang berasaskan minyak. -
Jangan picit jerawat yang ada
Tangan yang kotor ketika anda memegang dan memicit jerawat akan meningkatkan minyak dan kotoran di wajah. Ketika memicit jerawat, lapisan yang ada di bawah kulit dapat menjadi rosak dan menyebabkan minyak wajah menyebar ke bahagian lain dan menyebabkan semakin banyak jerawat timbul.
terima kasih atas infonya,! pada dasarnya untuk mengatasi suatu masalah sebelumnya kita juga jarus mengetahui apa penyebab masalah tersebut. begitu juga dengan jerawat. kenalilah dulu apa yang menjadi penyebab jerawat, sehingga kita tahu cara yang efektif mengatasinya, bukan hanya trial errror. ini merupakan masalah wajah. siahkan kunjungi juga aritikel ini http://info-jerawat.blogspot.com/2011/05/penyebab-terjadinya-jerawat.html
BalasPadamTerimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
BalasPadam.
terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
BalasPadam.