Seorang pemain muda kelab Liverpool sedang disiasat kerana menulis di dalam tweet yang 'tidak digemari' masyarakat Amerika mengenai serangan 11 September di New York.
Penyerang bernama Nathan Eccleston, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut, menulis: 'I aint going to say attack don't let the media make u believe that was terrorist that did it.' ('Saya tidak akan mengatakan serangan itu membolehkan media menjadikan anda percaya bahawa ia dilakukan oleh pengganas.')
Pemain berusia 20 tahun itu membuat komen di dalam Twitter pada hari Ahad, sempene peringatan ulang tahun ke-10 serangan di Amerika Syarikat.
Nathan Eccleston telah menerima beberapa komen panasnya terhadap Twitter itu. Beliau turut menulis perkataan O.T.I.S, ('Only the Illuminati Succeed.') yang bermakna 'Hanya Illuminati Yang Menang.'
Tweet itu sebenarnya adalah sambungan terhadap satu tulisannya yang menyebut tragedi itu sebagai 'kemalangan'.
'R.I.P all 9/11 victims my thoughts are with their family's and all those that was affected by this tragic accident!'.('RIP semua mangsa pada 9/11, ingatan saya kepada keluarga mangsa dan semua orang-orang yang terjejas oleh kemalangan tragis ini tragis!') Eccleston menulis.
Komen-komen itu telah dibuang dari Twitter, dan Eccleston kemudian tweet: 'Jika anda tidak suka apa yang saya katakan, jangan ikuti saya!! '
Sedang di siasat
Kelab Bolasepak Liverpool kini telah melancarkan siasatan ke atas aktiviti Twitter miliknya. Kelab ini mengambil perkara ini sangat serius. Pegawai Kanan kelab telah dimaklumkan bahawa Nathan Eccleston kini sedang disiasat berkenaan perkara ini.
"Kami akan membuat keputusan mengenai tindakan yang sesuai selepas siasatan selesai."
Eccleston masih belum bermain di dalam pasukan utama pada musim ini. Dia membuat penampilan pertama bersama pasukannya ketika perlawanan Piala Liga menentang Arsenal pada bulan Oktober 2009.
(sumber)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan