IKLAN

Jumaat, 23 September 2011

Safee Sali Kata MALAYSIA Bekas JAJAHAN TAKLUK BRITISH

SAFEE berlatih di Cardiff City hingga 26 September ini.


Pada 9 September lalu Profesor Zainal Kling berkata bahawa negara Malaysia atau yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu bukanlah jajahan British, tetapi 'dilindungi dan dinaungi' British. Ini bermakna British itu bukanlah penjajah, dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.


Kemudian kenyataan itu disambut pula oleh pemimpin Perkasa, Profesor Ramlah Adam bahawa 'British tidak menjajah Malaya' dan 'Mohamad Sabu salah apabila berkata polis di rumah pasong Bukit Kepong adalah polis British'.


Kenyataan Ramlah dan Profesor Zainal Kling itu adalah semata-mata untuk menafikan kenyataan Mohamad Sabu bahawa polis ketika itu bekerja untuk British iaitu penjajah dan kedua-duanya ingin mengesahkan hujjah kera jaan bahawa Mohamad Sabu menghina dan memperkecilkan peranan pasukan keselamatan di negara ini kerana menghina polis rumah pasong Bukit Kepong.


Akhirnya semalam, Mohamad Sabu telah pun dibawa ke mahkamah berhubung kes sejarah yang dibicarakan di mahkamah, satu-satunya kes di dunia ini iaitu di Malaysia. Moga-moga harapan Kera jaan selepas ini rakyat Malaysia tidak akan berani lagi mengatakan bahawa Malaysia ini adalah tanah jajahan British. Itulah harapan mereka.


Namun sayang seribu kali sayang. Hari ini seorang pemain bola sepak tersohor Malaysia, seorang penyerang yang mempunyai gaya permainan ala Mokhtar Dahari iaitu Safee Sali sendiri mengatakan bahawa Malaysia ini adalah tanah jajahan British. Kenapa Safee Sali berkata begitu?. Ini kerana peluangnya untuk mewakili kelab Bola Sepak Inggeris Cardiff City terganggu kerana pasukan bola sepak Malaysia tidak berada pada ranking ke-70 atau ke bawah, untuk membantunya melepasi mendapatkan permit kerja - bermain bola sepak di Britain.


Safee Sali turut mengeluh kerana menghadapi kekangan daripada pihak imigresen di sana yang di bawah urusan Kementerian Dalam Negeri United Kingdom. Bagi membantunya memudahkan urusan permit kerja itu, Safee Sali merayu dan berkata "Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang boleh bantu dengan proses ‘Government to Government’ atas alasan tanggungjawab British membantu negara bekas jajahan takluknya atau Komanwel." 



 Keratan artikel di dalam akhbar Berita Harian yang bertajuk :'Kerenah birokrasi sekat misi Safee Sali!'

Nampaknya Safee Sali sendiri pun mengerti dan faham benar bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan takluk British atau Komanwel. Safee tidak pula mengatakan bahawa Malaysia adalah negara bekas 'naungan' atau 'lindungan' British. Ironinya hujah Safee Sali itu sendiri dikeluarkan oleh sebuah akhbar kerajaan yang pro Umno pastinya!. Ia dikeluarkan sehari selepas Mohamad Sabu dibicarakan.

Jika Safee Sali pun faham benar Malaysia adalah tanah jajahan British, dan British itu adalah penjajah di Tanah Melayu ini. Mengapa pemimpin dan penyokong karat Umno tetap mempertahankan bahawa British itu bukan penjajah. Bagi mereka British bertanggungjawab melindungi dan menaungi Tanah Melayu. Bagi mereka British adalah TUAN dan bukannya PENJAJAH./ PD

Jadi...Siapa Yang Bebal ?! Maaf jika terasa dan terkena..yang Baik datang dari Allah. Yang jahil,bodoh,bebal...diatas kelemahan diri ku sendiri..WallahuA'lam.





1 ulasan:

  1. erkkk...safee..sali tuh ahli sejarah kew..?walaupun aku sokong..kenytaan safee sali..tpi untuk kata2 safee sali tu dijadikan bukti..rasenya tidak relevan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik