Sekarang
ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali
sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet
terutamanya di laman You Tube.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
Lumrah
apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan
kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga
mereka sendiri.
Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.
Video
itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas
tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.
Ada
yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami
dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka
masing-masing masih lagi bersekolah.
Ada yang mengatakan tindakan
mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan
diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
Mereka
menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia
16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari
segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka
mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?
Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa
pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga
mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak
keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.
Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang
siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah
syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah
dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di
atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di
goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita
melakukan maksiat.
Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita
ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri
sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi,
fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Mengapa berkahwin muda?
Manusia
akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan
wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan
perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya
dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Tanpa
penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita,
kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada
kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa
dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
“Maha
suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang
tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan