IKLAN

Sabtu, 7 Julai 2012

5 Ikan Tercantik Di Dunia


Terdapat ribuan spesis ikan yang hidup di dunia ini. Mereka biasanya hidup dan tersebar di seluruh perairan di dunia tidak kira dari air masin hinggalah ke air tawar. Dari ribuan jenis ikan tersebut, berikut adalah antara ikan yang paling cantik berserta infonya.


1. Mandarin Fish



Ikan ini sungguh cantik. Warnanya terdapat dalam dua variasi, iaitu Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Ikan spesis ini yang mempunyai warna variasi standard adalah lebih menarik. Harga ikan ini tidak terlalu mahal dan sekitar $20 sahaja untuk seekor. Namun, masalah yang dihadapi ialah kesukaran mencari sumber makanannya.



2. Discus


Ikan ini adalah jenis ikan air tawar mungkin salah satu ikan air tawar paling cantik yang pernah ada. Ikan ini dijual dengan harga sangat mahal. Untuk anaknya sahaja yang berukuran sekitar 3 inchi di jual dengan harga $50-$80.



3. Lion Fish


Ikan ini selain mempunyai warna yang cantik, bentuknya agak menyeramkan dan sangat berbahaya. Racunnya sangat memudaratkan dan cukup efektif bagi menyerang musuhnya. Ikan ini juga dikenali sebagai Zebrafish.


4. Moorish Idol


Ikan ini tinggal di lautan. Ianya sangat mahal. Ikan ini tidak mampu hidup jika dipelihara di dalam akuarium standard biasa.


5. Koi


Ikan koi merupakan ikan yang membawa tuah bagi pemeliharanya. Terdapat lebih dari 100 variasi warna dari ikan koi. Para peminat koleksi koi sanggup membayar ribuan dolar hanya untuk memburu pola warna koi yang jarang.
 
xlupa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik