IKLAN

Isnin, 16 Julai 2012

Pemuda DIBIARKAN LEMAS Selepas MENYELAMATKAN KANAK-KANAK


Seorang pemuda telah kehilangan nyawa selepas menyelamatkan sekeluarga daripada lemas di dalam sungai.

Deng Jinjie, 27, telah dianggap sebagai wira tempatan selepas dia menyelamatkan sekeluarga daripada lemas di sebuah sungai di bandar Loudi, wilayah Hunan, China.

Menurut seorang saksi melaporkan bahawa tiga sekeluarga sedang berenang di Sungai Sunshui apabila kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan lima tahun hanyut di bawa arus.

Ibu bapanya yang semakin sukar untuk menyelamatkan anak mereka telah meminta tolong dan ketika itulah seorang pemuda, Deng yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya menyelamatkan mereka. Dua lelaki lain juga turut membantu dalam usaha menyelamat.

Malangnya Deng lemas selepas berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu.

Adalah dipercayai bahawa dia berkemungkinan telah kehabisan tenaga selepas menyelamatkan mereka dan dibawa oleh arus sungai yang deras.

Ahli keluarga Deng yang sedih selepas mendapat berita kematian Deng.

Badannya ditemui sejam kemudian pada 3 Julai 2012 yang lalu.
Menurut beberapa orang saksi kejadian, keluarga kanak-kanak itu telah meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas pemuda itu menyelamatkan anak mereka dan tidak tunggu di situ untuk membantu Deng.

Beberapa penduduk setempat merasa marah apabila ibu kanak-kanak itu berkata ia "bukan urusan mereka" apabila penduduk tempatan bertanya mengapa mereka meninggalkan tempat kejadian.

Insiden itu mencetuskan kemarahan di ruang siber di China apabila ramai yang menggelar ahli keluarga kanak-kanak ini "kejam" dan "tidak berperikemanusiaan". Bahkan ada yang mengsusulkan untuk menampilkan nama mereka untuk dikenali di khalayak ramai dan carian akan dijalankan untuk mengenali identiti mereka.

Bagaimanapun seorang lelaki dan dua wanita membuat penampilan mengejut pada pengebumian Deng 10 Julai lalu. Mereka dipercayai adalah ahli keluarga kanak-kanak yang diselamatkan Deng sebelum dia meninggal dunia kerana lemas.


Pada ketika inilah baru diketahui bahawa Deng telah menyelamatkan 4 orang ahli keluarga ini, termasuklah seorang ibu saudara kepada kanak-kanak ini.

Tiga orang ahli keluarga ini kemudiannya berlutut dihadapan ibu bapa Deng memohon maaf dan memberi penghormatan terakhir kepada Deng dihadapan potretnya.

Ini bukan kali pertama kejadian lemas di Sungai Sunshui. Pada 7 April tahun ini, seorang remaja telah lemas semasa berenang bersama empat orang sahabat.

Sungai Sunshui menjadi tempat renang yang popular bagi penduduk tempatan terutama pada musim panas.

Deng adalah seorang lelaki yang disukai ramai serta gemarkan anjing dan bekerja sebagai pekerja binaan.

Ibu Deng yang tidak dapat mengawal kesedihan pada upacara persemadian jasad Deng.

pulakdah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik