Pemandangan unik terlihat di pergunungan Siberia yang sejuk. Di
antara gunung-gunung menjulang yang berkarpet salji berwarna putih
bersih, kelihatan padang pasir tandus dengan warna kuning yang khas.
Sekitar 40 km dari Gunung Kodar, kawasan Trans-Baikal, Banjaran Siberia, Rusia, ada sebuah pemandangan tidak biasa. Gurun pasir seluas 37 km2 menjadi potret kontras di antara putihnya salji yang menutupi pergunungan. Chara Sands atau Gurun Pasir Chara adalah magnet yang cukup kuat bagi pelancong.
Daerah ini kerap memanggil pelancong, terutama pendaki gunung yang ingin melihat sendiri keanehan alam di sini. Bukit pasir setinggi 15-30 meter membentang sepanjang sungai ais di dasar pergunungan. Timbunan pasir ini benar-benar kelihatan seperti padang pasir yang ada di Mesir dan sekitarnya.
Anda boleh cuba menjejakkan kaki di sini untuk merasakan sendiri bahawa padang ini benar-benar diisi pasir. Sejauh mata memandang, hanya warna coklat muda khas pasir yang akan kelihatan. Sesaat anda akan merasa sedang berada di Timur Tengah, minus gerombolan unta dan pohon-pohon kaktus.
Diduga, gurun pasir ini terbentuk sekitar 50 atau 100 tahun yang lalu, demikian dilihat dari Amezing Planet, Rabu (13/6/2012). Daratan segi tiga yang ada di depan Gunung Sakukan terkikis oleh angin dan cuaca. Hakisan tersebut menghasilkan bukit-bukit kecil dan juga padang pasir ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan