Seseorang yang berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata tetapi ia perlu juga menjaga adab-adab berpuasa. Antaranya ialah:

2 - Bersahur walaupun dengan seteguk air sejuk dan sebiji buah tamar kerana dalam sahur itu ada keberkatannya.
3 - Berbuka dengan buah tamar kerana ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Banyak fadhilatnya.
4 - Menyegerakan berbuka puasa setelah yakin masuk waktu maghrib.
5 - Berdoa kepada Allah s.w.t ketika berbuka kerana ia merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa.
6 - Memberi makan untuk orang lain berbuka puasa kerana sesiapa memberi
makan untuk orang lain berbuka maka ia akan memperolehi pahala puasa
seperti orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa orang tersebut.
7 - Memperbanyakkan bersedekah kepada fakir miskin untuk meningkatkan hubungan silaturrahim.
8 - Sembahyang tarawikh pada setiap malam, ini kerana solat tarawikh
hanya terdapat di bulan Ramadhan sahaja. Jadi rebutlah peluang sebelum
ajalmu datang.
9 - Beriktikaf di dalam masjid terutama sepuluh malam terakhir.
albesuty/openminda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan