IKLAN

Rabu, 22 Jun 2011

Pemikiran Melayu Tentang Aurat Wanita dan Babi

Pemikiran Melayu mesti diubah sekarang, kata ust. Monalito.

Dua tiga malam yang lalu, saya hadir di kuliah maghrib di surau Taman Sri Petaling. Pengkuliahnya ialah Us. Monalito Ghazali (bukan orang Maxico) Sangat menarik kuliahnya tentang mentaliti dan pemikiran Melayu. Dia bagi contoh;

Saya letak di sini, sebelah kiri seekur babi . Di sebelah kanan seorang gadis comel.

Saya pasti sebelum saya buat apa-apa, anda sebagai orang Melayu/Islam akan marah kepada saya. Berdecit-decit bibir kerana marah. Babi tak sepatutnya di tunjuk di sini. Macamlah hebuh kepala babi dalam surau.

Orang akan lebih marah lagi apabila saya memegang paha babi, lalu mengoyak kangkang dia.

Anda pasti berpaling muka, meludah dan maki-maki saya.

Bagaimana kalau saya membuka dada babi, memegang memicit tetek babi. Anda akan menyumpah-nyumpah saya. Anda merasa jijik. Mungkin ada tuduhan kafir.

Begitu juga jika anda melihat kubang babi atau babi berjaras-jaras di atas lori di bawa ke tempat sembelih. Anda akan menutup hidung, meludah tanda meloya.

Begitu kebanyakan orang Melayu berfikir tentang babi.

Tapi dalam masa yang sama, dalam keadaan (orang Melayu) dalam sedar, sempurna akal, melihat saya memegang gadis ini, saya yakin anda tidak akan melihat dengan jijik, sebaliknya anda akan melihat untuk mempastikan apakah saya memegang gadis ini.

Kemudian mata anda akan terbeliak dan kagum apabila melihat saja membuka baju gadis ini, apa lagi kalau saya membuka dada dan memegang buah dadanya.

Anda akan berkata saya berani atau saya tidak sepatutnya buat begitu. Dan anda pasti tidak akan berpaling muka kerana jijik jika saya mencium pipi gadis ini.

Apa yang anda boleh berfikir jika begini yang berlaku? Tanya Ustaz Monalito. Fikiran yang bermain dalam kepala kita sebagai orang Melayu, orang tetap memandang jijik, marah, meluat dan sanggup mengutuk, membuat laporan polis jika saya berbuat begini dengan babi.

Tapi malang orang tidak merasa apa-apa, malah merasa hebatnya pula saya, beraninya saya memegang seorang gadis. Sedangkan dalam Islam, memandang ruang aurat bukan muhrim kita pun sudah haram, apa lagi jika kita melihat saya berbuat lebih dari ini.

Apakah melihat babi, memegang babi, mencium babi lebih hukumnya dari meilhat, memegang,mencium gadis?

Adakah orang Melayu mahu berfikir begini? Anih, fikiran orang Melayu songsang, maka sebab itu mereka membuta tuli mempertahankan Melayu tak tentu sebab.

Sama seperti gadis yang mengandung di luar nikah, kita menyediakan berbagai kemudahan, malah bertaraf ‘menteri’ pula menyambutnya. Pemikiran apakah namanya ini? (Ini bukan soal menghina) tetapi siapa pula yang mahu menyambut seorang hafiz atau seorang gadis yang menghafaz al Qur`an 30 juzuk dalam masa enam bulan? Menteri mana yang sanggup menyediakan sebuah rumah untuk anak-anak muda yang melakukan kerja-kerja agama?

‘Pemikiran orang Melayu masih terbalik sekarang,’ katanya. Dan aka nada lagi mereka yang bercakap tentang Melayu sedang dalam masa yang sama mencemik Perpaduan Islam.
 (Sumber) 


Kataku : Kata cikguku Kalau terpegang babi Samak aje apa susah..kalau sengaja pegang gadis aa.. aa berdosa  dan haram hukumnya .Budak2 sekarang ni lebih dari pegang dia orang buat..bulan posa aku tengok naik motor baik punya peluk.. inikan pulak bulan tak puasa.ye tak?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik