IKLAN

Rabu, 15 Jun 2011

Cara Paling Murah Dan Mudah Untuk Kuruskan Badan

Tak perlu berbelanja besar dan senang di cari.Cara yang paling mudah dan murah untuk kuruskan badan kerana satu kajian di Amerika Syarikat telah mendapati dengan meminum air dua gelas air setiap kali selepas makan boleh membantu menurunkan berat badan.
 
Kajian oleh kumpulan penyelidik Institut Politeknik Virginia dan Universiti Negeri Virginia mendapati kumpulan yang mengamalkan kaedah tersebut ketika berdiet berjaya menurunkan berat badan dengan kuantiti lebih besar.
 
Dibentangkan pada persidangan tahunan Persatuan Kimia Amerika,kajian itu menyatakan mereka yang mengamalkan minum air hilang purata tujuh kilogram dalam tempoh tiga bulan iaitu 2.3kg lebih banyak daripada mereka yang tidak megamalkannya.
 
Orang ramai diminta meminum lebih air kosong dan kurangkan air bergula atau berkalori tinggi.Rahsia keberkesanan kaedah tersebut adalah mudah kerana seseorang akan berasa cepat kenyang dan makan dengan sedikit sekiranya perut dipenuhi air.

Sumber:borak kosong
 
Kata ku: Makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang lagi senang dan mudah..ye tak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik