IKLAN

Selasa, 21 Jun 2011

Benarkah Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita?



Assalamualaikum,Amacam semua sihat ke? sihat..bagus-bagus.Tujuan aku menulis  tajuk ini bukalah untuk menyokong ataupun membantah sesiapa yang nak berdemonstrasi akan datang ni..cuma ingin berkongsi cerita yang tak seberapa ini.Pentingnya kita menyelusuri sejarah negara sendiri yang aman damai ini..supaya tidaklah nanti kita dikatakan pula bangsa Melayu yang mudah  lupa ..Sejarah!. Benarkah demonstrasi bukan budaya kita?  Dan adakah slogan ini tidak benar-benar mengguris hati para pejuang bangsa seawal dasawarsa 1940-an yang memilih demonstrasi jalanan atau unjuk rasa sebagai medium menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap penjajah?

Untuk tidak dibuai sentimen, suka bagi penulis menurunkan petikan kajian sejarah berhubung unjuk rasa @ demontrasi ini untuk penelitian semua. Ramlah Adam (Prof Dr) dalam bukunya, "Dato' Onn Ja'afar: Pengasas Kemerdekaan" menukilkan:

"Persatuan-persatuan negeri Melayu yang tumbuh sebelum perang dan selepas perang, menghantar nota-nota bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan (Colonial Office). Orang ramai pula seperti di Kedah dan Kelantan mengadakan tunjuk perasaan menentangnya. (Di Kedah seramai 50,000 orang telah berarak. Warta Negara, 21/1/46. Di Kelantan, seramai 10,000 orang telah menunjuk perasaan). Tegasnya, penentangan kepada Malayan Union adalah kesedaran politik yang sangat penting selepas perang dunia itu."
(Ramlah Adam, Dato' Onn Ja'afar, Pengasas Kemerdekaan, hlm. 86-87)

Bekas Yang Dipertua Agung PAS, Tan Sri Asri Muda dalam bukunya "Memoir Politik Asri - Meniti Arus" menyebut:

"Ketika Malayan Union hendak disogokkan kepada masyarakat kita (Semenanjung Tanah Melayu itu), parti-parti politik telah bertambah dengan banyaknya. Di tiap-tiap negeri lahir parti politik dan ditambah pula dengan beberapa parti politik yang bersifat kebangsaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan sebagainya.

"Jadi gagasan Malayan Union yang dikemukakan oleh Sir Harold MacMichael, utusan khas Kerajaan Inggeris dikemukakan pada saat kesedaran politik orang Melayu begitu memuncak sekali. Seluruh rakyat Melayu bersatu, mengadakan perarakan menentang Malayan Union di kebanyakan kota-kota besar seperti di Johor Bahru, Alor Setar dan juga di Kota Bharu.

"Saya sendiri bukan hanya sebagai pemerhati, tetapi ikut terlibat sama dalam gelombang kesedaran rakyat, menyertai perarakan rakyat atau demonstrasi rakyat di Kota Bharu. Dengan jumlah yang tidak kurang daripada 20,000 orang, kami berhimpun di Padang Bank (kini Padang Merdeka) dan berarak menuju ke tempat penginapan Residen British (kalau tak salah ingatan saya, nama beliau ialah Somerville) dan surat protes pun dibaca.

"... Kemudian perarakan itu bergerak lagi menuju ke Istana Seri Cemerlang, tempat bersemayam DYMM al-Sultan Ibrahim... Surat persembahan pun dibaca dan kemudian dipersembahkan ke bawah duli. Orang yang membaca ucapan sembah itu adalah saya sendiri."
(Mohd Asri bin Haji Muda, Memoir Politik Asri: Meniti Arus, hlm. 32-33).

Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara sebenarnya tidak lepas daripada siri-siri unjuk rasa walaupun Tanah Melayu pada waktu itu baru menghadapi saat getir Perang Dunia Kedua.

Jika memoir Asri Muda boleh dijadikan sandaran, perarakan rakyat Julai nanti mungkinnya.. ke Istana Negara sebenarnya mengulangi apa yang datuk nenek kita lakukan di Kota Bharu pada 1946.

Apa yang membezakan dua peristiwa itu adalah layanan pihak berkuasa kepada rakyat. Di zaman penjajahan British, datuk nenek kita dibenarkan berarak menunjuk rasa kerana pemerintahnya mempunyai mentaliti dunia pertama walaupun prasarana negara masih di tahap dunia ketiga.

Sayangnya selepas 54 tahun negara mencapai kemerdekaan, kita mempunyai pemerintah yang bermentaliti dunia ketiga, walaupun berbangga dengan prasarana dunia pertama! 

(sumber)

SEJARAH ANAK MUDA BANGUN MELAWAN!








NOTA:


Budaya demo ini telah ditanamkan sebagaibudaya politik oleh kaum kiri
  lihat dan hafalkan sejarahnya:

semenjak revolusi peranchis 1776

semenjak revolusi bolshevik 1917
semenjak revolusi tiongkok 1949
semenjak revolusi rock anak muda 1960
semanjak revolusi anak muda peranchis 1968
semenjak revolusi anakl muda anti perang vietnam 1968
semenjak revolusi iran 1979
semenjak revolusi dataran tahrir 2011

Di tanah melayu:

semenjak 1947 – berdemo lawan British
semenjak 1967 – telok gong berdemo lawan gerombolan
semenjak 1973 – berdemo lawan imperialisma Amerika
semenjak 1973 – anak muda lawan gerombolan ayah Mat mongol
senajak 1974 – anak muda lawan gerombolan ayah Mat mongol


Kataku : Ini takde kena mengena dengan yang masih hidup mahupun masih mati@tidurlah..kalau terkena.. I am Sorry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik