IKLAN

Sabtu, 18 Jun 2011

"Abah Selamat Hari Bapa,Bah. Walaupun... "

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.


Tarikh yang diakui secara rasmi adalah berbeza menurut negara yang berlainan. Bahagian ini menyenaraikan beberapa contoh-contoh yang penting.
Ahad ketiga bulan Jun
Untuk negara -negara lain kawan semua boleh tengok kat sinun .

Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.



Wajarkah Hari Bapa Disambut

Hari bapa adalah satu hari yang dikhaskan kepada semua bapa – bapa di seluruh dunia. Tanpa bapa yang meng'anu' ditempat yang halal itu dan lepas 9 bulan maka lahirlah seorang bayi. . Maka dapat wanita itu gelaran Ibu .Tanpa Adam siapalah Hawa dan sebaliknya. Bertuahlah bagi sesiapa yang telah menjadi bapa kerana anda telah diberikan satu hari untuk diiktiraf .. dikasihi daripada 364 hari yang lain.

Persoalannya wajarkah kita menyambut hari bapa yang konon kononnya satu hari ini?. Kenapakah negara-negara barat mencanangkan kepada semua negara lain termasuk negara islam supaya menyambut hari bapa.. hari ibu .. hari lahir dan sebagainya? Apakah motif sebenarnya? Kita biasanya menerima apa-apa sahaja atas nama kasih sayang atau pun kebajikan .. tanpa memikirkan apakah matlamat dan tujuan sebenarnya.
Satu lagi Hari yg dah macam jadi kemestian dlm setiap keluarga melayu Islam.Siap nyanyi, tiup lilin lagik..semput dibuatnya bapa- bapa kita tu.


 Islam mendidik kita menghormati Ibu / bapa hari-hari, menaikkan darjat seorang Ayah dan Ibu dengan begitu tinggi sekali, setiap hari dgn tersenyum,berdoa dan tidak meninggikan suara pada Ibu dan bapa itu dah lebih dari cukup utk menghiburkan dan buat ibu dan bapa… bahagia… Nak beri hadiah tanda kasih, tiap-tiap bulan pun boleh, Indahnya dunia jika ikut Islam 


Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]”

 Apa yang benar telah pun jelas. Maka terpulanglah kepada anda untuk menyambut hari-hari ini atau pun tidak.Apa-apa pun Sesiapa  yang masih mempunyai Bapa,Sayangilah bapa kamu selagi ia masih  ada ,lawatilah ia,hubungilah ia,kalau ia minta nak kawin baru bagilah.. sunyi  dan sejuk woo.. duduk sorang-sorang ni. Jika ia sudah tiada di dunia ini  Sedekahkanlah   ia    Al- fatihah untuk Bapa mu itu .Santunilah rakan-rakannya anggap mereka seperti ayah mu jua.Jika kalian dah kahwin jangan lupa Pak Mentua kita  pun bapa kita jugakan..Aku harap bila tiada nanti..  anak, cucu, cicit kita semua pun mendoakan kita..Harap jitulah ya.


Kataku: Al Fatihah untuk bapaku Marzuki b.Jali .Terima Kasih Kenkawan.Sop Sop

2 ulasan:

  1. selamat hari bapa, abah..Al-fatihah

    BalasPadam
  2. sesamalah kita.semoga dtempatkan ia bersama orang2 yag soleh.amin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik