IKLAN

Selasa, 14 Jun 2011

Berhati-hati Dengan Teknologi

Memang tidak dinafikan ia telah menjadi kewajipan hampir setiap orang tetapi berhati-hati dengan teknologi.
 
1. TELEFON BIMBIT


Seorang wanita kehilangan handbag yang mengandungi handphone,kad kredit,beg duit dan sebagainya. Lima belas minit kemudian dia menelefon suaminya. Suaminya berkata “Abang menerima sms dari awak yang meminta no pin kad bank, dan saya baru sahaja membalasnya”.


Kemudian dia terus ke bank untuk ‘block’ kadnya tetapi terlambat kerana wangnya telah di ‘withdraw’ pencuri tersebut.

Pengajaran dari cerita di atas:

1. Jangan menerangkan hubungan di dalam contact list. Elakkan menggunakan nama Home, Abang Sayang, Honey, Sweetheart, Mak, Abah dan sebagainya.

2. Jika mendapat SMS yang bertanyakan pasal sekuriti, sila confirmkan semula.

3. Lagi jika anda menerima SMS family, kawan-kawan, orang tersayang yang mengajak anda keluar, berjumpa di mana-mana, juga confirmkan semula.


2. GPS


Sekeluarga sedang menonton perlawanan bolasepak di stadium apabila kereta mereka dipecahkan oleh perompak. Di dalam kereta tersebut terdapat GPS, remote pagar rumah, kunci rumah dan sebagainya.

Apabila pencuri tersebut menjumpai rumah mereka, mereka merompak pula rumah mereka dan semua barangan berharga habis dikebas.


Pengajaran dari cerita di atas:

Pencuri tersebut menggunakan GPS untuk mencari rumah mereka. Pencuri tersebut menggunakan remote pagar rumah dan kunci untuk mereka menyamun bersih rumah mereka pula kerana pencuri tersebut tahu mangsa sedang menonton perlawanan bolasepak dan mereka mempunyai banyak masa.

So jika korang menggunakan GPS jangan letakkan alamat ruamah didalamnya. Letakkan alamat yang berdekatan spt stesyen minyak,kedai dan sebagainya. Jadi anda boleh mencari rumah anda (jika perlu) dan pencuri tidak tahu di mana rumah anda.


3. PERBANKAN INTERNET



Seorang yang membayar bil secara online dan mencetaknya kemudian ditinggalkan di atas meja. Pada malam itu, rumahnya dirompak dan perompak tersebut itu tahu dia menggunakan perbankan internet selepas menjumpai salinan pembayaran yang dicetak.

Perompak tersebut telah memaksa mangsa memberitahu password perbankan internet dan membuat money transfer pada malam itu juga.


Pengajaran dari cerita di atas:

Jika anda pengguna perbankan internet yang aktif, salinan pembayaran yang anda cetak hendaklah disimpan dalam fail dan disimpan, jangan bersepah-sepah. Anda boleh juga membuat print screen dan menyimpan di fail microsoft word atau dalam bentuk gambar dengan aplikasi Paint.



2 ulasan:

  1. perbankan internet... macam tu senang la polis nak carik perompak tu. siasat balik pada akaun siapa duit di transfer.. tak bijak langsung

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik