IKLAN

Jumaat, 28 September 2012

Penghidap Hyperthymesia Mempunyai Memori Luar Biasa


LONDON: Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka. Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu.

Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu.

Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.

Kata Hayman, dia boleh mengingat apa yang berlaku dekad lalu.

“Saya seperti budak biasa sehinggalah berlaku perubahan ketika berusia 11 tahun,” katanya.

 Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa.

 Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan.

Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah 

satu-satunya di Britain. – DM /bloginfo4uall


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik