IKLAN

Khamis, 13 September 2012

85% Laki-Laki di Dunia Tidak Bersunat

85% Laki-Laki di Dunia Tidak Disunat

SUNAT ataupun berkhatan dalam Islam adalah sesuatu yang wajib bagi lelaki. Dalam agama Islam, sunat merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda: "Kesucian (fitrah) itu ada lima: sunat, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku," (HR Bukhari Muslim). 

Apa kegunaan bersunat buat laki-laki? Seperti yang diungkapkan para ahli perubatan bahawa bersunat mempunyai manfaat bagi kesihatan kerana membuang anggota tubuh yang yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap. 

Air kencing mengandung semua unsur tersebut. Ketika keluar melalui kulit yang menutupi alat kelamin, maka mendapan kotoran sebahagian tertahan pada kulit tersebut. 

Semakin lama mendapan tersebut semakin banyak. Bayangkan berapa lama seseorang melakukan pembuangan air kencing dalam sehari dan berapa banyak mendapan yang disimpan pada kulit penutup kelamin dalam setahun. 

Oleh kerana itu beberapa kajian perubatan membuktikan bahawa pesakit penyakit kelamin lebih banyak dari kelangan yang tidak disunat. Begitu juga pesakit penyakit berbahaya Aids, kanser alat kelamin dan bahkan kanser rahim juga lebih banyak diderita oleh pasangan yang tidak disunat.

Ini juga yang menjadi salah satu alasan non muslim di Eropah dan AS melakukan sunat. Namun, data yang ada sekarang ini adalah lebih dari 85% laki-laki di dunia tidak disunat! Bahkan beberapa negara menyatakan bahawa sunat adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang. 

Ini adalah negara-negara di mana sunat atau berkhatan dilarang: China, Jepun, Korea Utara, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand, Eropah, Kesatuan Soviet, Amerika, New Zealand, Australia. 

Dan beberapa agama,bersunat juga dilarang di antaranya : Hindu, Sikh, dan Kristian, Parsi India, Scandinavians Zulu, Shona, beberapa negara Afrika yang lain, kebanyakan Melanesia dan beberapa orang Polinesia Barat (Rennell, Bellona). Selain Islam, umat Yahudi juga bersunat. [Sa / islampos / yahoo.ask / circumstitions]/Exelroze


Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah
“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)
Berkhatan adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (muncung) zakar. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan. Sebagai satu tuntutan agama, berkhatan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Prosedur ini dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun ke bawah bagi menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat lima waktu.
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai ‘smegma’. Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.
Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan.
Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, ‘kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah’. Berkhatan juga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIV seperti di beberapa buah negara di benua Afrika.
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik