Empat mahasiswa Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam Universiti Negeri Yogyakarta memanfaatkan lapisan putih kulit Tembikai atau Semangka (Citrullus vulgaris Schrad) untuk bahan pembuatan topeng yang bermanfaat bagi kesihatan kulit.
"Lapisan putih kulit semangka sebenarnya banyak mengandungi zat yang berguna bagi kesihatan, salah satunya adalah sitrulin. Sitrulin merupakan salah satu zat antioksidan yang bermanfaat bagi kesihatan kulit, "kata salah seorang mahasiswa Laila Dhunurain Rochmatika di Yogyakarta, Ahad lalu.
Menurutnya, pada umumnya buah tembikai hanya digunakan pada bahagian dalam yang berwarna merah dan kuning, sedangkan pada bahagian lapisan putih kurang diminati masyarakat untuk dimakan dan hanya dibuang menjadi sisa yang kurang dimanfaatkan.
"Penggunaan lapisan putih buah tembikai atau semangka masa ini masih kurang dimaksimumkan kegunaannya, padahal ia mengandungi zat antioksidan. Oleh kerana itu, kami menganalisis kandungan antioksidan pada masker wajah berbahan dasar lapisan putih kulit tembikai, "katanya.
Ia berkata, pemilihan tembikai dalam kajian itu kerana ia merupakan buah yang dikenali oleh semua masyarakat, mudah dijumpai di berbagai daerah, dan harganya relatif murah.
Penggunaan masker dari buah, menurutnya, merupakan salah satu cara mengembalikan kesegaran pada wajah. Manfaat masker selain melembutkan kulit, juga membuka pori-pori yang tersumbat kerana kotoran, debu mahupun sisa kosmetik yang tidak boleh hilang oleh pembersihan biasa.
"Selain itu, masker dari buah Tembikai juga dapat mengembalikan kelembapan dan kehalusan kulit serta menggantikan sel-sel kulit yang sudah mati dan dapat menjadikan otot-otot wajah menjadi rileks," kata Laila.
Selain Laila, ada tiga lagi mahasiswa yang juga turut sama dalam kajian itu adalah Hesty Kusumastuti, Galih Dian Setyaningrum, dan Niken Istikhari Muslihah.
Mereka adalah pelajar Program Pengajian Pendidikan Kimia dan Program Pengajian Kimia Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (MIPA) Universiti Negeri Yogyakarta (UNY).
disunting dari:undergroundtauhid
P/s: Supaya kulit tembikai itu tidak dibakul sampahkan baik buat masker muka atau buat Sayur air kulit Tembikai .Selamat Mencuba:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan