IKLAN

Isnin, 12 November 2012

Merawat Diri - 4 Rukun Penyembuhan Sendiri


Terperanjat apa bila menerima berita rakan ditanahair meninggal dunia sedangkan baru 2 minggu sebelum ini semasa berada ditanahair sempat saya menelefon beliau bertanya khabar. Dari bicara rupanya tidak saya ketahui beliau menyimpan rahsia penyakit kanser yg dihidapinya.

Merawat diri sendiri terutamanya penyakit yg tidak kelihatan (penyakit dalaman) adalah suatu yg mustahil bagi kebanyakan masyarakat kita, jika luka tiada kegusaran untuk sembuh kerana ianya suatu yg kelihatan, bg yg tidak nampak contohnya kanser, keyakinan untuk sembuh itu amat sukar dan kita lebih berserah kepada doktor ataupun takdir dan hanya menunggu saat2 yg akan tiba. Jika tiada keyakinan dihati, harapan kembali pulih hanyalah umpama cahaya matahari yg hilang diufuk senja. Untuk mempercayai suatu yg kelihatan amat mudah, yg ghaib atau tidak kelihatan amat payah sekali.

Dr Joe Dispenza telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yg menyebabkan tulang belakang beliau patah, pakar Chiropractor ini disarankan oleh pakar ortopedik untuk menjalani "Harington rod surgeri" secepat mungkin atau peluang untuk sembuh dan berjalan kembali akan menjadi semakin tipis, setelah bertanya pendapat 8 pakar, beliau akhirnya memilih untuk menggunakan kekuatan minda untuk merawat dirinya sendiri. Selepas 3 bulan beliau kembali normal dan mula bekerja seperti biasa.

Secara jujurnya beliau tidak pasti samada sembuhnya beliau ini suatu keajaiban atau tidak, akan tetapi beliau menanamkan niat untuk terus mengkaji proses peyembuhan langsung secara semulajadi tanpa ubatan moden dengan lebih mendalam lagi. Beliau menjelajah kebanyak tempat dan negara serta menemurah mereka-mereka yg sembuh dengan sendirinya dari pelbagai penyakit kronik. Tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, dan pekerjaan, apa yg beliau dapati kesemua mereka ini mempunyai 4 persamaan ataupun kebetulan yg beliau gelarkan "4 Pillars of Healing".

Persamaan 1 - Kuasa Yang Memberi Kehidupan Mampu Menyembuhkan.
Kesemua mereka yg ditemuramahnya percaya kepada kuasa yg mencipta diri ini mampu menyembuhkan diri mereka. Mereka menggelarkannya sebagai kuasa tuhan, kuasa roh dan juga minda separuh sedar. Mereka yg sembuh ini percaya bahawa jika mereka boleh berhubung dengan kuasa ini, mereka akan dapat menerima pertolongan untuk sembuh.

Persamaan 2 - Fikiran (thought) Adalah Suatu Yang Nyata.
Kesemua mereka percaya apa yg mereka fikirkan akan memberi kesan kepada diri mereka. Dari situ juga kesemua mereka ini membuat perubahan kepada cara pemikiran mereka yg menjadi titik tolak kepada perubahan pada jasad dan kehidupan mereka. Bidang sains psychoneuroimmunology menerangkan bagaimana proses otak merembeskan signal kimia dari emosi yg terhasil dari pemikiran lantas memberi maklumat kepada tubuh badan kita. Pemikiran yg positif akan memberi maklumat yg baik untuk membolehkan badan sembuh seperti sediakala.

Persamaan 3 - Mencipta Diri Yang Baru.
Mereka sedar mereka harus berubah menjadi manusia yg baru dengan mengubah fikiran mereka. Dengan menepikan rutin harian mereka, mereka menghabiskan masa memikirkan secara mendalam, meneliti diri dan membuat andaian/spekulasi jenis manusia bagaimana yg mereka ingini (what if?). Kebarangkalian seperti, "apa kata jika mereka berhenti menjadi insan yg tidak gembira, pentingkan diri sendiri dan hidup menderita?", "apa kata jika aku berhenti dari risau, rasa bersalah dan hidup penuh kesalan?", "apa kata jika aku bersikap jujur terhadap diri sendiri dan orang lain?". Neuroplasticity adalah satu konsep bahawa jaringan2 neuron otak akan boleh berubah dengan membuat corak2 pemikiran yg baru, dari itu kita boleh mencipta diri yg baru berkat dari muhasabah diri yg mendalam.

Persamaan 4 - Mampu Menumpukan Perhatian Hingga Tidak Sedar Situasi Masa dan Ruang.
Kesemua mereka tahu ada manusia lain yg sudah sembuh dengan sendirinya jadi mereka percaya yg penyembuhan sendiri itu boleh juga berlaku pada mereka. Mereka menjadi pemerhati yg hebat dengan menumpukan perhatian terhadap apa yg difikirkan, tumpuan terhadap apa yg difikirkan sungguh khusyuk dan fokus hingga mereka lupa akan input dari jasad mereka, masa dan ruang. Mereka menepikan suara2 dari luar (cakap2 orang) dan juga suara hati sendiri yg meragui kebolehan diri untuk sembuh. Mereka semuanya "make up their own mind" (membuat keputusan nekad) untuk sembuh dan menepikan semua input2 luar yg tidak membantu diri mereka.

Selain dari 4 persamaan utama tadi ada 2 lagi persamaan yg agak menonjol, mereka semua tahu yg jauh disudut hati mereka, mereka sudah sembuh, tanpa perlu diuji oleh doktor tahap penyakit mereka ini, mereka merasakan seolah2 tiada lagi penyakit tersebut didalam diri mereka. Keduanya pula adalah kebanyakan doktor yg merawat mereka ini menganggap mereka tidak siuman, walaupun demikian setelah melihat penyembuhan pada diri mereka, rata2 memberi semangat agar meneruskan usaha mereka untuk sembuh sepenuhnya.

Dua tahun lepas saya mengalami kecederaan pada lutut dan disarankan oleh doktor untuk menjalani pembedahan membuang tisu yg koyak didalam sendi lutut, saya mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan, sebaliknya saya tanamkan didalam hati yg lutut saya akan sembuh, alhamdulillah sekarang sudah tiada lagi masaalah. Membaca buku Evolve Your Brain karangan Dr Joe Dispenza menambahkan lagi keyakinan kepada saya bahawa memang kita semua mampu merawat diri sendiri, hanya percaya dengan tidak sahaja kepada kekuatan minda sendiri dan keimanan (percaya) kepada Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemberi.

Apa yg saya kongsi bersama disini tidak mampu menyembalikan rakan yag sudah pergi, akan tetapi harap ini dapat memberi kesedaran kepada rakan2 yg lain bahawa kita mampu sembuh dari segala jenis penyakit. Allah itu maha pemurah dan akan makbul doa jika kita meminta kepadaNya dengan yakin dan penuh percaya yg kita mampu sembuh.

Rujukan - Evolve Your Brain, Dr Joe Dispenza


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik