IKLAN

Rabu, 7 November 2012

Muallaf Filipina Islamkan Lebih 1,000 Orang Sejak Peluk Islam

1351525123027655800.jpg
Ronaldo- kanan 
Foto: www.arabnews.com 

Ronaldo bekerja di sebuah restoran di Riyadh. Pada satu hari kawan muslimnya bertanya "kenapa kamu tak sembahyang bersama kami? tak mahukah kamu masuk syurga jika kamu mati malam ini?".

Soalan itu membuatkan Ronaldo mula mencari ilmu tentang agama Islam. Dia takut tidak dapat masuk syurga hanya disebabkan dia bukan seorang muslim. Selepas itu dia juga menemui dalam Al-Quran yang mengatakan tidak ada agama yang diterima oleh Allah melainkan agama Islam.


Akhirnya dia mengucapkan dua kalimah syahadah dan menjadi seorang pendakwah. Dalam tempoh beberapa tahun saja usaha dakwahnya terhadap orang-orang asia di sana, dia telah berjaya mengislamkan lebih seribu orang termasuklah seluruh keluarganya.

Bila orang bukan Islam baka mendapat hidayah, kebiasannya dia cukup mengerti nilai menjadi seorang muslim. Mereka biasanya tidak akan duduk diam jika tidak berusaha berkongsi nikmat tersebut bersama manusia lain.

Kita yang lahir-lahir terus Islam ini nampaknya jauh ketinggalan berbanding mereka. Kebanyakan daripada amalan serta pemahaman kita adalah sekadar ikut-ikutan dan ramai daripada kita yang tidak pernah menghabiskan pembacaan Al-Quran dalam bahasa yang difahaminya (tafsiran) sedangkan itu merupakan satu perkara yang terlalu besar berbanding segala apa saja buku novel, politik, non-fiction,buku motivasi atau lain-lainnya yang pernah kita habiskan.

Fikir-fikirkanlah! baca cerita asalnya di sini


Sumber: warta shubhi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik