Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.
Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.
Percaya kepada benda-benda ghaib
Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.
Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.
Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.
Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.
Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…
Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.
- Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
- Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?
Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.
Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.
Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
- Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
- Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
- Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
- Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.
Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.
www.anugerahquran.com
www.anugerahquran.com
Terima kasih atas info berguna ini... semoga mendapat rahmat Allah Taala hendaknya.
BalasPadamtq. info berguna...mohon share
BalasPadam