IKLAN

Jumaat, 2 November 2012

Peniaga Jalanan yang licik!


Pagar yang tinggi tidak menjadi halangan bagi para peniaga jalanan yang gigih ini. Mereka ada cara sendiri untuk mengatasinya iaitu dengan menggunakan tangga.

Mereka  melayani pelanggan  dari  sebalik pagar tinggi di Jakarta Convention Centre (JCC)  , Senayan, Jakarta. Berbagai jenis dagangan  dari kopi sampai nasi bungkus dijajakan untuk kemudahan  para pekerja di JCC.

Kadar sewa berjualan di kawasan JCC yang terlalu mahal menyebabkan mereka tidak mampu menyewanya lalu terpaksa bertindak demikian. 



Mereka  menggunakan tangga sambil  menunggu pelanggan dari sebalik pagar tinggi JCC . Cara begini tidak perlu bayar sewa….Lumayan tentunya? Tidak juga... 

Kesempitan hidup harus diatasi dengan usaha sebegini untuk mencari rezeki yang halal. Beginilah nasib peiaga-peniaga kecil mencari kehidupan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


P/s: Cuba tengok diaorang tu..sanggup bersusah payah nak cari makan untuk keluarga, bagi yang malas kerja tu... tak tercabar  ke orang kita bila tengok...cuba pergi Chowkit @ Jalan RajaBot, tengok siapa yang lagi ramai berniaga...orang kita atau orang luar. Mereka tak bersalah, dah orang kita tak minat sangat nak berniaga nak buek macam mano.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik