Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Allah menciptakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai sebaik-baik manusia, terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.
Justeru sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Saya mengucapkan selamat memperingati Rasulullah s.a.w, semoga hati kita sentiasa mencintainya lebih dari mencintai yang lain, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w semoga hati kita dilimpahi nur dan hidayah keimanan, dianugerahkan ketenangan dengan mengingatinya sebagai mana tenang mengingati kekasih.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
Apa yang lebih penting dalam memperingati kalahiranNya ialah menjaga adab-adab terhadap Nabi kita, Muhammad s.a.w dan menghayatinya, antaranya;
- Menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
- Mentaati Nabi Muhammad s.a.w di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
- Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad s.a.w. apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, dan mencontohi sifat-sifatnya.
- Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
- Mencintai para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad s.a.w serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad s.a.w.
URH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan