Mukjizat Alquran: Awan Tebal dan Kilat Para saintis telah menunjukkan bahawa awan di langit beratnya itu berjuta-juta tan. Tentunya sangat berat.
Kini mereka bertanya-tanya, apa saja yang terkombinasi dalam awan ini dan siapa yang menghimpun zarah partikelnya? Siapa juga yang membuat gabungan zarah yang bertan-tan beratnya ini tergantung di langit tanpa bertaburan dan berselerak?
Kajian telah membuktikan melalui pemerhatian ilmiah bahawa kilat memerlukan awan tebal yang disebut kumulus. Ini bererti bahawa kenyataan ilmiah mengatakan ada kaitan antara awan tebal dengan terjadinya petir.
Yang mengagumkan bagi kita adalah bahawa fenomena ini adalah sama seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, "Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan tebal (mendung)." (Al-Ra `d: 12) .
Ini merupakan salah satu mukjizat Al-Quran yang dapat dibuktikan kebenaran pada masa sekarang ini.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan