IKLAN

Sabtu, 11 Februari 2012

Khasiat Minyak Kasturi Dan Kegunaannya Dalam Perubatan Islam


Al-Kindi (801-873)
Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman. Abu Yusuf Ya'quq Ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman. Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama kitab Kimiya Al'itr (Book of The Chemistry of The Perfume)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan islam yang lain, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya :
  1. Memberi kekuatan pada roh
  2. Memberi ketenangkan jiwa
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  4. Menghilangkan ketakutan
  5. Menghilangkan debaran jantung
  6. Menghilangkan sesak nafas
  7. Mampu menyedarkan orang yang pengsan
  8. Menjernihkan mata putih
  9. Menguatkan tubuh badan
  10. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
  11. Perlindung kepada gangguan jin

MINYAK WANGI KASTURI DALAM PERUBATAN ISLAM
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah :
  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi pd point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah :
  1. Sapu pada ubun-ubun.
  2. Belakang telinga kiri dan kanan.
  3. Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit
  4. Dua lubang hidung.
  5. Dua lubang telinga.
  6. Dua kening berdekatan mata.
  7. Sekeliling mulut.
  8. Dua puting payu dara.
  9. Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
  10. Lubang pusat.
  11. Leher kiri dan kanan.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Insya'Allah..
Masa Yang Disunatkan Memakai Wangi-Wangian
  1. Solat
  2. Membaca Al-Qur'an
  3. Pergi ke masjid
  4. Menyambut Hari Raya
  5. Bertemu dengan tetamu
  6. Bersama suami isteri
  7. Pada hari Jumaat
  8. Menuntut ilmu
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ; " Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah" (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
SabdaNya lagi: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim) INI BERMAKNA MAKRUH MENOLAK PEMBERIAN WANGIAN.Sumber



Seterusnya




Inginkannya.. Klik


3 ulasan:

  1. salam tuan, mohon kebenaran dari pihak tuan, untuk saya ambil maklumat mengenai khasiat kasturi dari blog tuan untuk saya cetak dan gunakan untuk dalam perniagaan saya maklumat tersebut dari pakcik kasturi TQ

    BalasPadam
  2. https://www.tokopedia.com/tokokurniashop/minyak-kobra-kasturi-kobra

    BalasPadam
  3. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah elmu.

    Gema Parfum
    Minyak wangi pria terfavorit.

    ----------

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik