- Adakah anda pernah atau telah habis membaca tafsir Al-Quran? sebagai orang Islam saya andaikan semua sudah pernah menghabiskan keseluruhan Kitab Rujukan paling utama dalam hidup kita itu, sebab itu kita berbangga dan bersyukur menjadi seorang muslim.
- Jika kita telah menghabiskannya sekali, kita sebenarnya wajib menghabiskannya sekali lagi untuk kali yang keduanya.
- Ini kerana saintis membuktikan bahawa pembacaan sesebuah buku untuk kali keduanya memberikan perbezaan yang amat besar berbanding pengalaman membacanya buat pertama kali.
- Untuk kali pertama kita akan memfokuskan kepada isi serta apa yang diperkatakan dalam Kitab Tafsir tersebut.
- Pembacaan kali kedua membuatkan kita menghayati pembacaan dan menyelami perasaan kita dalam pembacaan itu dan mula menjalinkan hubungan yang lebih mendalam terhadap pembacaan kita.
- Secara rambangnya mereka yang meluangkan masa setiap hari untuk menghabiskan tafsir Al-Quran sebanyak 30 juzuk di negara kita merupakan spesis unik dan pelik yang hampir pupus dikalangan umat Islam negara kita.
- Kalau tak percaya tanyalah secara rambang sepuluh kenalan kawan-kawan anda yang beragama Islam dan lihat jawapannya.
- Kalau pembacaan kali pertama pun tak pernah dilalui, macam mana nak mulakan yang kedua bagi menyelami segala apa yang diwasiat dan diperturunkan kepada kita sebagai bahan rujukan utama.
Sumber : wartashubhi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan