IKLAN

Selasa, 3 Januari 2012

Nur Amalina Che Bakri, Dulu Lain Sekarang Lagi Lain !

nur amalina che bakri 5 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!


Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.
Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :
  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina
nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?
Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :
  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)
nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :
“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.
Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.
Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau “ibarat permata bagi negara”.
Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.
nur amalina che bakri 3 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.
P/S : Kami tidak berharap banyak, cukup sekadar Nur Amalina Che Mat berfikir sejenak apa yang beliau lakukan & kami doakan juga beliau berjaya di sana.

PP/S : Untuk renungan buat kami dan kepada semua, belajar tinggi-tinggi & genius belum tentu dapat menjamin EQ & SQ  berjalan seiring  dengan tahap pendidikan yang ber’IQ’ tinggi. Tetapi….


PPP/S : Tetapi jika anda jaga iman di ceruk mana sekalipun Insyaallah, kejayaan yang akan “terus mengiringi & mengejar anda”.sumber

Kataku: Yang baik jadikan ikutan, yang buruk,tidak bermoral, salah disisi agama kalau kalian ikut juga..nanti hidup kalian kan tak keruan dan jadilah saudara Syaitan. Sesat hujung jalan kembali ke pangkal jalan..Tuhan bukan nak tenguk diploma atau Phd dll yang kita ada..yang mengharapkan penilain manusia semata-mata..tapi iman,amalan dan keikhlasan kita yang di timbang Oleh-NYA..untuk nasihati diriku ini jua..Wallahu'lam.

3 ulasan:

  1. apa yg kita nampak memang beliau banyak berubah.
    Kita nak marah pun itu hak dia namun jika tidak mahu di gosip teruk lain kali pandai2 ler simpan gambar tuh sebagai privacy. Tak perlu tunjuk pada semua.. tak pasal2 kena gosip panas...

    Hopely beliau tidak terpesong lebih jauh.. insyaAllah

    BalasPadam
  2. sama2 la kita mendoakan beliau kemnbali ke jalan yang benar...AMIN

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik