IKLAN

Selasa, 17 Januari 2012

Diserang Asma, Bil Hospital USD44 Juta!

Diserang Asma, Bil Hospital USD44 Juta!

NEW YORK – Sakit radang paru-parunya baru sahaja sembuh, tetapi apabila menerima bil hospital yang berjumlah USD44 juta, dia jatuh sakit semula!
Penganggur, Alexis Rodriguez,28, hampir tidak percaya ketika membuka sepucuk surat yang diterima dari Hospital Bronx-Lubnan yang dia berhutang sejumlah wang yang besar!
Menurut laporan dari New York Daily News, jumlah hutang yang dicatitkan di dalam bil hospitalnya adalah sebanyak USD44,776.587 juta untuk perkhidmatan bagi pesakit luar.
Tetapi, hakikatnya, jumlah bil yang sepatutya dikenakan ke atas dirinya hanyalah USD300 sahaja.
“Saya hampir terkena serangan asma,” kata Rodriguez.
Rodriguez mendakwa hanya dia seorang sahaja dari beratus-ratus pesakit yang menerima bil ‘melampau’ itu kerana kesilapan sistem hospital terbabit.
Pada mulanya, Rosriguez panik dan gelisah kerana terpaksa membayar hampir USD40,000 ketika dia  ‘menginap’ di hospital itu selama tiga minggu akibat penyakitnya.
Tetapi, dia sedar bil rawatan yang tinggi itu mungkin tersilap dan dia terus mendapatkan kepastian dari syarikat yang mengeluarkan bil itu.
Bukan sahaja Rodriguez terkejut dengan insiden terbabit, pihak syarikat itu juga terkejut dengan pengeluaran bil yang tinggi itu.
Firma bil tersebut, Phy Care Services berkata, insiden itu adalah kesilapan ‘kecil’ di mana subkontraktor yang mencetak bil-bil berkenaan telah tersalah letak nombor invois ke dalam ruangan “jumlah yang perlu di bayar”.
“Kami telah pun menghantar surat memohon maaf kepada semua pesakit yang menerima bil seperti itu,” kata wakil perkhidmatan Phy Care Services, Ricardo Paul.
Walaupun Rodriguez tidak mengalami sebarang kesulitan berhubung kesihatannya semula, tetapi dia amat terkejut dan mendakwa itu adalah kesilapan yang sangat besar.
“Saya fikir mereka harus mempunyai seseorang yang melakukan pemeriksaan ke atas bil-bil sebelum mereka menghantarnya.
“Kekuatan manusia mungkin terbatas, tetapi untuk menghantar bil yang banyak dengan angka yang ‘setinggi’ itu, penerima mungkin akan terkena serangan jantung,” luah Rodriguez.
Bagaimanapun, pihak hospital tidak langsung menyalahkan kenyataan Rodriguez dan menerima insiden ini sebagai pengajaran buat mereka.
Oleh: NAIMAH SHAARI- (mynewshub.my)

P/s: Kalau aku dapat bil macam tu...mahu pitam dibuatnya hahahi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik