IKLAN

Ahad, 8 Januari 2012

Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?


Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.

Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.

Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut.
Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.

Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan.

Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.

Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal

Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara.
Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.

Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan.

Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita.

Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.

Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.

Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:
“Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya.”
Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan telah berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.”

Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.

Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.

Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin).

Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.

Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar).

Al-Farabi sendiri adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.

Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar kerana bermain gitar tersebut.

Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)


P/s: Sabarlah Ustaz.Diaorang tu pun baik sangat ke...bagi aku ini kaedah Ustaz Azhar menarik golongan muda remaja ke arah agama salah jugak ke...dengki le tu...



5 ulasan:

  1. mereka2 yg berkata2 begitu adalah orang yg bodo sombong !!!

    salam kenal dari saya ..
    nice blog , saya folo sini

    BalasPadam
  2. sabarlah ustz,hanya allah yg lebih mengetahu...

    BalasPadam
  3. eida: macam betul kamu ya..sabo-sabo,terima kasih kerana ikut blog ini..jadilah rakan.

    TN: sabar itu sebahagian dari iman...

    BalasPadam
  4. SALAM USTAZ,,BERSABARLAH.. KERNA ALLAH TELAH JANJIKAN FITNAH UNTUK ORANG2 YANG BAIK..KERANA ALLAH TAALA INGIN MENGANGKAT MARTABAT USTAZ..
    SEMOGA USTAZ HIDUP DALAM REDHO ILAHI SENTIASA. USAH PEDULIKAN MUNAFIKIN..KERANA MEREKA SENTIASA MENCARI JALAN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.

    BalasPadam
  5. Lagi bodoh org yg membuat fitnah.. Face to face jgn cerita sini x gentlemen

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik