1. Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
2. Yang terbaik di antara kamu adalah mereka yang berakhlak paling mulia.
3. Makanlah Sebelum Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang.
4. Tiga sifat manusia yang merosakkan adalah, loket yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan.
5. Pahlawan bukanlah orang yang berani meletakkan pedangnya ke bahu lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala dia marah.
6. Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kamu, tapi Dia melihat hati dan amal kamu.
7. Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama.
8. Keluhuran budi pekerti akan tampak pada ucapan dan tindakan.
9. Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala.
10. Hulurkan cintamu kerana Tuhanmu dan tariklah cintamu kerana Tuhanmu, anda tentu tidak akan kecewa.
11. Cinta indah seperti bertepuk dua tangan, tidak akan indah jika hanya sebelah sahaja.
12. Naluri berbicara kita akan mencintai yang memuja kita, tetapi tidak semestinya mencintai yang kita puja.
13. Seseorang yang optimis akan melihat adanya peluang dalam setiap malapetaka, sedangkan orang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan.
14. Ingat, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membenci sesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjuk-Nya.
15. Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.
16. Bekerja atas dorongan cinta akan terasa senang tiada jemu dan lelah.
17. Orang besar menempuh jalan kearah tujuan melalui rintangan dan kesukaran yang hebat.
18. Berbuat baiklah kepada orang lain seperti berbuat baik kepada diri sendiri.
19. Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
20. Memperbaiki diri adalah alat yang ampuh untuk memperbaiki orang lain.
21. Jika seseorang tidak mencintai anda janganlah dia anda benci, kerana mungkin akan tumbuh benih cinta kembali.
22. Cinta akan menggilas setiap orang yang mengikuti geraknya, tetapi tanpa gilasan cinta, hidup tiada terasa indah.
23. Bukan kecerdasan anda, melainkan sikap andalah yang yang akan mengangkat anda dalam kehidupan.
24. Perjuangan seseorang akan banyak bererti jika bermula dari diri sendiri.
25. Jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah kerana Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya.
26. Dalam perkataan, tidak mengapa anda merendahkan diri, tetapi dalam aktiviti tunjukkan kemampuan anda.
27. Tegas berbeza jauh dengan kejam. Tegas itu mantap dalam kebijaksana sedangkan kejam itu keras dalam kesewenang-wenangan.
28. Jika rasa cinta itu tidak terbalas maka bersukurlah, kerana anda akan dipilihkan Allah yang lebih baik.
29. Watak keras belum tentu boleh tegas, tetapi lemah lembut tidak jarang boleh tegas.
30. Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Tuhan.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan