Produk Minyak TYT diharamkan – Minyak TYT diharamkan kerana Mengandungi Raksa berlebihan – Produk Minyak TYT diharamkan Kementerian Kesihatan
Produk Minyak TYT diharamkan Di Pasaran kerana Mengandungi Raksa berlebihan, Pihak berkuasa kawalan dadah telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar – Twee Hong Suah yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Pengilang produk juga telah diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan menarik balik kesemua produk minyak TYT dari pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyatan memaklumkan kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti pengawasan mutu produk berdaftar.Ia dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Hasilnya ia didapati gagal ujian had merkuri dengan kandangan merkuri dikesan pada tahan tinggi melebih had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 miligram per kilogram.
Penggunaan logam berat itu dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit, bengkak dan kulit mengelupas.
Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit birit, batuk dan demam. Produk ini terlalu laris dikalangan orang Melayu yang menggunakannya tanpa memikir risiko bakal dihadapi.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk minyak TYT dengan serta merta./nescafeais
Tiada ulasan:
Catat Ulasan