IKLAN

Selasa, 22 Januari 2013

ALLAHHUAKBAR!! Penternak Kambing Menawarkan Haiwan Itu Dengan Harga RM1 Seekor Untuk Bayi Yang Dilahirkan Pada Hari Lahir Nabi Muhammad (SAW)




Penternak Kambing Menawarkan Haiwan Itu Dengan Harga RM1 Seekor Untuk Bayi Yang Dilahirkan Pada Hari Lahir Nabi Muhammad (SAW)
Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital awam negeri Johor sahaja.

Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.

“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.

Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.

P/S: Mensyukuri nikmat membawa berkat. Ini lah masyarakat Malaysia penuh dengan orang yang baik dan dermawan yang mulia, kerana ada segelintir Makhluk ciptaan Allah inilah Allah masih sayangi negara kita yang tercinta ini. Sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad beliau sanggup mensedekahkan Kambing semoga beliau dan ahli keluarga beliau mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah di Akhirat nanti. Semoga Allah lindungi beliau daripada perasaan Riak, Ujud, Samaah, Takbur kerana ia boleh menghancurkan Ibadat. Takbirrrr.
/ surau al-ikhwan


Ulasanku: Amin.Untung orang Johor..Penternak Kambing, negeri2 lain ada buat tawaran tak..?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik