PENANGKAPAN, penculikan dan pembunuhan selalu menyertai kehidupan warga Palestin di tiap detiknya. Para ibu dan anak-anak seakan terbiasa dengan kehilangan ayah ataupun abang mereka. Meskipun begitu, warga Palestin tak pernah habis. Dan ternyata setiap harinya ada 155 bayi yang lahir dari ibu mereka.
Pejabat rekod awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza menyatakan, selama 4 bulan terakhir ini menunjukkan lebih dari 14,280 angka kelahiran baru. Jika dirata-ratakan satu harinya, maka ada lebih dari 155 angka kelahiran setiap harinya.
Dalam laporan yang diterima Pusat Maklumat Palestin, pada hari Isnin (15/10/2012) di antara kelahiran baru tersebut, 7,329 adalah lelaki, atau 51,3% dan 6,955 wanita, atau 48,6%.
Berkaitan keadaan kematian di Gaza selama rentang waktu tersebut, data menunjukkan angka kematian mencapai 974 orang, 523 lelaki atau 53,6%. Sementara kematian wanita mencapai 451 orang atau 46,3%. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya.
Menurut data rekod awam di Gaza, perbandingan antara kelahiran dan kematian di Gaza selama waktu tersebut adalah 15:1. * / Islampos.com
Kredit: undergroundtauhid.Barang siapa ingin ber-Qurban atau Sedekah untuk Gaza, nilai satu bahagian di Palestin-Gaza adalah yang tertinggi iaitu RM1100.Jika tidak tahun ini, tahun depan..kita kumpul duit sesama dulu ya. Yang penting doa kita semua untuk mereka disana.. selalu selepas Solat ya!
Klik di sini untuk mengisi borang Qurban secara atas talian (online)
Untuk sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh hubungi
Sis Fadilah 019-6893788/ http://irmblog.org/donate/qurbani/
Great work is doing here really appreciate you.
BalasPadam