IKLAN

Isnin, 8 Oktober 2012

Benarkah Imam Dari Jepun Ini Merupakan Bekas Mafia

Di Jepun terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang Imam dan dikatakan merupakan bekas Mafia Jepun.
Maka beruntunglah kepada sesiapa yang menerima hidayah Allah. Menerima hidayah Allah merupakan salah satu nikmat yang tidak terhingga diberikan kepada hambaNya. Samalah juga seperti kita yang beragama Islam, dilahirkan sebagai Islam merupakan nikmat yang paling besar. Di Jepun terdapat individu yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Benarkah beliau ini merupakan bekas mafia?

Sebelum ini dikatakan merupakan seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui dakwah saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk membuat Haji. Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menimba ilmu di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo.
Populasi di Jepun: 127,000,000
Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000
Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300
Jumlah imam Jepun di Jepun: 5
Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1
Melayukini.net - Syukur alhamdulillah. Kalau dulu sebelum ini dia tidak mengenal Islam secara lebih mendalam, tetapi kini ilmunya lebih tinggi berbanding kita. Oleh kerana itulah kita tidak boleh memandang rendah, dan memandang hina terhadap orang lain. Kelak orang tersebut menjadi lebih hebat dari kita. Namun tentang Mafia Jepun itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik