IKLAN

Rabu, 17 Oktober 2012

Kenali Bahan Kritikal Dalam Ubat


 Bahan-Bahan Kritikal Dalam Ubat Yang Perlu Dipastikan Sumbernya
Produk Farmaseutikal atau lebih senang kita panggil ubat-ubatan ini terdiri daripada bahan aktif (ubat) dan bahan tidak aktif ataupun eksipien. Eksipien digunakan sebagai pembawa bahan aktif di dalam ubat. Biasanya bahan aktif dalam ubat susah untuk diserap oleh badan, jadi ia perlu dicampur dengan eksipien.

Ubat Mengandungi Bahan Aktif dan Eksipien

Bahan eksipien ni juga digunakan untuk memberi saiz atau bentuk kepada ubat yang mengandungi bahan aktif yang sangat kecil supaya ia mudah diambil. Selain itu, eksipiend digunakan semasa proses pengilangan untuk membantu penghasilan ubat. Eksipien yang berbeza digunakan bergantung dengan cara pengambilan dan bentuk ubat.

Bahan-Bahan Kritikal Dalam Ubat

Ada beribu-ribu jenis bahan aktif dan eksipien yang digunakan dalam penghasilan ubat. Oleh itu, beberapa bahan yang berkemungkin dihasilkan daripada sumber yang tidak halal kita kategorikan sebagai Bahan-Bahan Kritikal supaya kita dapat beri lebih perhatian antaranya ialah:
1. Albumin
2. Alkohol
3. Asid Amino
4. Arachidonic Acid
5. Kapsul
6. Cysteine
7. Collagen
8. Enzim
9. Gelatin
10. Lipids
11. Asid Laktik
12. Progesterone
13. Vitamin A
14. Vitamin B
15. Vitamin D
16. Vitamin E
17. Lechitin
18. Asid Stearik
19. Gliserin
20. Lanolin
Kenapa Vitamin A,B,D dan E juga termasuk dalam Bahan Kritikal?
Pasti ramai yang tertanya tanya.. Sebenarnya dalam penghasilan Produk Vitamin, pihak pembekal bahan mentah untuk vitamin seperti beta-karotene, lutein dan vitamin D menggunakan sedikit gelatin untuk memastikan kestabilan dan jangka hayat bahan aktif ini. Oleh itu gelatin dari sumber sumber babi atau lembu digunakan dalam penghasilan produk
vitamin ini.
Mesej yang penting perlu kita ingat ialah bukan ubat yang berbentuk kapsul sahaja yang mengandungi gelatin, vitamin-vitamin dalam bentuk tablet juga ada yang menggunakan gelatin dalam kandungannya.
Jadi bacalah label ubat sebelum kita membeli, atau lebih senang kita  terus bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tempat kita beli.
“Doktor, ubat ni ada kandungan dari sumber haiwan tak ?”
Insya Allah doktor tu akan membantu anda mencari jawapannya.
Terima kasih,

Abd Rahman Baco


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik