IKLAN

Sabtu, 20 Oktober 2012

Senarai Semak Barang-Barang Keperluan Haji


Flyer Senarai Kelengkapan Haji dan Umrah
Gambar-asralenterprise

Assalamualaikum W.B.T.

Dibawah ini adalah Senarai Barang-Barang Yang Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah - seperti diperturunkan oleh seorang hajjah.

Beg Plastik
Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

Serbuk Pencuci 
Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.

Hangers - bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.

Penyangkut Baju 
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk
mengeringkan pakaian di dalam bilik air

Penyangkut Berpelekat
Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian
selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.

Jubah
Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket.

Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.

Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh dibeli di butik Munawarrah, Taman Tun Dr Ismail)

Ubat Batuk
Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry cough dan batuk berkahak) dari doktor di Msia.
Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.

Botol Spray
Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air
langsung dalam bilik air.

Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.

Cermin Muka Kecil
Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.

Mug dengan penutup
Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain.

Moisturiser/lip balm 
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)
Skin Repair/Vaseline
Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.

Sunglasses 
Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.

Bantal Kecil (Cushion) 
Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah.

Snek 
Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas perut apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke Mekah/Madinah.
Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.

Lauk sampingan
Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya ikan kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah di rebus. Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam plastik. Ini untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil plastik lauk yang kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami sekiranya jemaah lelaki dan wanita makan berasingan.
BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang disediakan oleh pihak muassasah.

Tuala Kecil 
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.

Buku Sembahyang Sunat 
Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh - sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi. (Dapatkan buku-buku panduan Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal, boleh digantung dileher dan mudah untuk digunakan untuk tawaf dan saie)

Kasut (tanda nama - initials)
Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)

Selipar Jepun (tanda nama - initials) 
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air.

Bilik Air Mina/Arafah 
Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air. Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.

Selipar ke masjid 
Beli yang murah sahaja dari Bata. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama - initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

Payung Lipat
Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena hujan.

Disposable Panties - Lelaki/Wanita 
Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai - boleh dibeli di Guardian Pharmacy RM6/=/paket. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik.

Panty Liner/Facial Cotton 
Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.

Uncang untuk melontar 
Buat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar.

Kamera 
Bawa filem sekali lebih kurang 3 roll (36 exposure). Kamera tidak boleh dibawa ke dalam masjid di Mekah/Madinah, polis akan periksa kita dipintu masuk kedua-dua masjid ini.Senang bawa kamera digital dan Telefon Bimbit yang berkamera yang ada SD 8 giga keatas bawa 2-3 SD kad sebagai tambahan dan sediakan tempat simpan yang selamat.

Surah Yassin
Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .

Sejadah
MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang di luar masjid.

Sejadah kecil 
Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba', Masjid Qiblatan dan juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil.

Cadar katil bujang 
Dibuat selimut semasa di Arafah/Mina dan boleh digunakan di hotel untuk alas tilam (sekiranya tidak mahu memakai yg hotel sediakan)

Batik Lepas 
Bawa sehelai untuk 'apa-apa' kecemasan…

Buku Nota/Kalender 
Bawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam. Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan 'countdown' untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini pesanan keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa diluar khemah), kirim salam semasa di makam Nabi di Madinah dan lain-lain.

Business Card 
Bawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga buat personalized card beralamat rumah, email dll.

Tag Nama utk Baggasi
Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No. KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-beg (yang mungkin akan 'beranak' di sana nanti) semasa balik ke Msia nanti.
Bawa masking tape, permanent marker dan tali untuk kegunaan di No. 36

Toiletry 
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Dove, Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah 'treated sea water' untuk kegunaan harian selain
dari untuk minum.
Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding dengan yang di jual di Mekah/Madinah.

Bekas untuk buah tangan dari MekahSebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma dan air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi delegate seorang (anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut. Jadi apabila tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada mereka.

Kasut untuk melontar 
Beli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar. JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)

Beg Sandang TH 
Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:

a) Buku sembahyang sunat
b) Tasbih
c) Spray Air (size kecil) - untuk ambil air wuduk
d) Tuala Kecil - untuk melapik jubah semasa air wuduk
d) Uncang Selipar - untuk simpan selipar
e) Kad Kesihatan - untuk kecemasan
f) Kad Pengenalan TH - untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
g) Kad Address Hotel - sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

Senarai ini di edarkan oleh pihak Tabung Haji semasa saya menghadiri kursus haji bagi tahun 2002


  • jangan ambil/beli kain kelambu Kaabah

  • jangan ambil sijil dari orang Mekah dengan tujuan menukar nama
    asal ke nama lain selepas selesai haji

  • jangan ambil kerak nasi di Mekah/Arafah dengan tujuan buat
    tangkal penerang hati

  • jangan peluk tiang jin di Masjidil Haram

  • jangan ambil 7 biji batu di Arafah untuk dibawa balik

  • jangan tinggalkan separuh sebutan ayat syahadah di rumah
    (disebut oleh keluarga yang tidak pergi) dan separuh lagi disebut
    oleh bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah

  • jangan pakai/bawa tangkal/azimat

  • jangan suruh bomoh buat tolak bala dirumah
    (buat kenduri doa selamat sahaja)
Sumber: pabiyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik