Pantun Untuk Ibuku Yang TerCinta
Aiman dan Aisyah pergi ke pekan
Pergi ke pekan membeli Dulang
Selamat Hari Ibu ku ucapkan
Buat Omak ku yang berada Di Pasir Gudang
Hari panas tekak pun dahaga
Pekena Cendol manis rasanya
Terima kasih yang tak terhingga
Kerana menjaga kami bertiga hingga dewasa
Bersembang-sembang di atas Titi
Cahaya Bulan nampak bersinar
Ingatan kami buat mak selalu di hati
Dari kami Abdullah,Suhaila dan Muhd Noor
Membenarkan Firman NYA dalam Kitab yang Suci.. setiap anak yang
lahir ke dunia ada rezekinya..
Dapat lahir ke dunia ini satu rezeki , Dapat Meneguk Susu Ibu juga di antara rezeki, bukan satu yang kita dapat tapi dua! Mak...eden mintak halal susu awal mu yang berKolostrum tinggi itu, yang dikau berikan dengan penuh kasih sayang mu,dengan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada mu wahai ibu maka kami dapat melihat dunia yang Indah ini..mengumpul bekal menuju alam yang Abadi.. Terima Kasih Ibu, Mak, Ummi, Mama,Mum..
Lagi Pantun untuk Ibu-Ibu seluruh Dunia
Rumah kecil bertiang seribu,
Beras perang sudah bertanak;
Embun cinta seorang ibu,
Menyegar kasih sayang anak.
Tun Fatimah tersebut riwayat,
Legenda hebat tak terhingga;
Kasih ibu sepanjang hayat,
Kasih sayang hingga ke syurga.
Kuliah agama hari Rabu,
Bincang pula bab syurga;
Tidak ternilai kasih ibu,
Nilai intan bukan harga.
Ulam-ulaman nasi kerabu,
Segar enak beli di pasar;
Kasih sayang terhadap ibu,
Derhaka itu dosa besar.
Hujan menimpa atas batu,
Hujan pula di tengah hari;
Seorang ibu hanyalah satu,
Tiada pengganti jika dicari.
Barang siapa tiada Ibu dan juga Ayah,sedekahkanlah kepada mereka Al- Fatihah. Dengan harapan zuriat kita juga buat begitu untuk kita ...Amin..Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan